Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRamai Rakan Artis ‘Backup’, Netizen Tanya Ini Solidariti Untuk Fattah Amin Ke?...

    Ramai Rakan Artis ‘Backup’, Netizen Tanya Ini Solidariti Untuk Fattah Amin Ke? – ‘Dia Layak Dapat Sokongan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Perceraian membabitkan pasangan pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

    ‘Solidariti untuk Fattah Amin ke ni?’

    Terbaharu, di platform X ada individu berpendapat bahawa situasi yang berlaku kini seakan membangkitkan solidariti orang ramai terhadap Fattah Amin.

    Hal ini kerana, ramai dalam kalangan netizen termasuk rakan artis dilihat lebih memihak kepada aktor itu berbanding bekas isterinya.

    Malah rakan artis yang pernah bekerja dengan Fattah juga tampil memuji sikap aktor itu yang professional, merendah diri serta menjaga batas pergaulan.

    Menerusi tinjauan , ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan Fazura yang melanggar perjanjian dengan membuka aib bekas suaminya di khalayak ramai.

    Komen netizen

    Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar segala urusan Fattah dipermudahkan selain diberi ketabahan bagi mengharungi ujian hidup.

    Tidak kurang juga ada di antara mereka memilih untuk tidak menyokong kepada mana-mana pihak kerana tidak tahu perkara sebenar yang dilalui pasangan ini.

    Betul, Fattah Amin memang layak dapat semua sokongan! Semoga terus berjaya!

    Jika semua orang menyokong Fatth Amin maka ia adalah baik untuknya.

    Tak payah lah nak beriya back up. Sekali malu nanti kalau salah back up. Diam-diam sudah lah. Ni orang luar pulak yang bnyk menyibuk. Kita pun tak tau siapa betul siapa salah. Dari tambah dosa baiklah duduk diam tak payah sokong mana-mana.

    Dalam solidariti, kita harus berganding bahu.

    Walatah vs Walara.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

    ALSO READ:  Faye Kusairi Kesal Difitnah Netizen-“Ramai Sangat Risau Pasal Rumah Tangga Aku Ni…”

    Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts