Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRamai Sangka NOAH Dibubarkan Selepas 11 Tahun Bersama, Rupanya Ini Yang Berlaku…

    Ramai Sangka NOAH Dibubarkan Selepas 11 Tahun Bersama, Rupanya Ini Yang Berlaku…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sedar tak sedar rupanya sudah  11 tahun NOAH atau sebelumnya bernama Peterpan bersama peminatnya sejak tahun 2022. Sudah semestinya ia telah melambangkan sebuah perjalanan yang luar biasa.

    Sejak kebelakangan ini, akaun media sosial NOAH @noah_site menjadi heboh dengan beberapa posting yang mencetuskan tanda tanya. Ia bermula selepas mereka memuatnaik posting dengan kapsyen, “Terima kasih untuk awal yang menyenangkan.” yang cukup menjadi perdebatan.

    Music Video terbaru NOAH berjudul “Semua Tentang Kita”.

    Ini merupakan rangkaian perilisan Music Video terbaru NOAH berjudul “Semua Tentang Kita”.

    “Semua Tentang Kita” terpilih menjadi salah satu soundtrack sinetron berjudul “Cinta Tanpa Karena” produksi MNC Pictures yang ditayangkan di RCTI.

    Diarahkan oleh Bagoes Tresna Adji, “Cinta Tanpa Karena” berkisah tentang dua pasangan bernama Nuna (diperanankan oleh Ochi Rosdiana) dan Dipta (diperanankan oleh Achmad Megantara) yang saling mencintai. Namun Ibu dari Nuna tidak setuju, dia ingin anaknya menikahi orang kaya. Tapi ia jatuh cinta pada Dipta. Dengan berani, mereka kahwin lari kerana tak disetujui. Ketika dia melarikan diri, Nuna hamil.

    Namun sayang, sebelum Dipta sempat diberitahu soal bayi mereka, Dipta ditugaskan dalam misi rahsia negara. Di tengah misi menjalankan tugas negara, Dipta menghilang tanpa khabar. Suatu hari Nuna menerima berita bahawa Dipta terkorban ketika bertugas.

    Beberapa waktu berlalu, karena dipaksa ibunya, juga karena keadaan yang mendesak, Nuna terpaksa menikahi Ghani (diperannakan oleh Ariel NOAH), seorang usahawan. Cintanya teramat besar pada Nuna, namun Nuna tidak bisa membalasnya.

    Tonton MV di bawah;

    Sekadar info, Noah adalah  kumpulan musik rock Indonesia yang dibentuk pada tahun 2000 di Bandung, Jawa Barat. Kumpulan musik ini dibentuk dengan nama Peterpan oleh Ariel (vokalis),  Andika (piano), Indra (gitar bass), Lukman (gitar utama), Reza (drum, ) dan Uki (gitaris). Musik mereka secara umum bergenre rock alternatif dan pop rock, sebahagian besar lagunya ditulis oleh  vokalisnya, Ariel.

    Kini, laman instagram peminat NOAH iaitu @noah_site telah mencapai lebih dari 1 Juta orang di Indonesia, termasuklah Malaysia dan Singapura yang mesra dikenali sebagai Sahabat NOAH.



    Credit: Musik – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts