Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRamai Sangka Rumah Tangga TokTi Sedang Goyah Serta Datuk K “Buat Perangai”,...

    Ramai Sangka Rumah Tangga TokTi Sedang Goyah Serta Datuk K “Buat Perangai”, TokTi ‘Jawab’ Dengan Gambar Istimewa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasang surut dalam perkahwinan pasti akan berlaku kerana tidak selalunya indah. Itu yang akan mengajar pasangan saling melengkapi, berubah demi kebaikan dan memperbaiki kekurangan yang timbul.

    Namun, sebagai suami isteri, keharmonian hubungan antara pasangan wajar dijaga terutama bagi memastikan ikatan kasih sayang dibina kian kukuh.

    Selepas kecoh mengenai hantaran berkaitan rumah tangga, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjernihkan desas-desus yang bertebaran di media sosial mengenai dakwaan rumah tangganya yang dikatakan goyah gara-gara sebuah hantaran yang dimuat naik selebriti kesayangan ramai ini.

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti memuat naik foto bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Jiwa atau Datuk K bersama dua anak mereka ketika sambutan ulang tahun Siti ke-45 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

    Di kapsyen, Siti atau mesra disapa Tokti memohon agar orang ramai tidak mudah membuat spekulasi hanya berdasarkan hantaran yang telah dikongsikan.

    Suka gosip tau. Tak baik fikir bukan-bukan.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan keluarga Siti.

    Sebelum ini, Siti berkongsi tentang bagaimana layanan seorang suami kepada isteri, ujian terbesar isteri, dan enam alasan kenapa suami tidak boleh membentak isteri.

    Susulan tindakan itu, rata-rata warganet mula membuat andaian dan mengaitkan dengan rumah tangga Siti dengan Datuk K.

    Bagaimanapun, difahamkan, hantaran tersebut telah dipadam selepas dikongsikan di media sosial.

    Untuk rekod, Siti berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts