Bila bercakap tentang usia, pastinya ada di antara kita yang pernah terfikir persoalan ini, “Kenapa lelaki lebih kerap kelihatan muda daripada usia sebenar berbanding wanita sebaya?”
Jika kita perhatikan orang sekeliling, kita mungkin dapat meneka usia berdasarkan wajah dan cara mereka.
Namun tak semua tekaan tepat kerana ada individu yang kelihatan ‘lebih muda’ daripada usia sebenar mereka.
Meleraikan kekeliruan ramai tentang usianya yang dikatakan sudah mencecah hampir 58 tahun, bekas penyampai radio Hot FM Tyzo akhirnya mendedahkan usia sebenarnya.
Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zulqarnain Idris dalam satu temu bual menerusi panggilan telefon stesen Hot Fm memberitahu, dia seusia Khairy Jamaluddin yang lahir tahun 1976.
Ditanya penyampai radio stesen radio nombor satu tanah air itu iaitu Fara Fauzana tentang usia sebenarnya, Tyzo terdahulunya berseloroh sebelum membongkar usia sebenar.
“KJ, anda lahir pada tahun 1976, betul? Samalah kita,” jelasnya.
Khairy turut meminta tip daripada Tyzo untuk kelihatan awet muda dan jauh lebih muda berbanding usia.
“Saya kena berguru dengan andalah. Macam mana nak muda, macam mana nak menang ABP.
Sementara itu, ketika berada dalam talian, Tyzo turut berseloroh sama ada pihak Hot FM ingin mengambilnya bekerja.
“KJ tak nak ajak saya bekerja dengan KJ ke?,” soal Tyzo.
KJ menjawab seraya tertawa: “Tak nak tak nak sebab awak sebaya dengan saya.”
Sebelum ini, selain kontroversi penamatan khidmat Tyzo sebagai penyampai radio Suria FM, antara yang mencuri tumpuan netizen adalah usia sebenarnya yang dikatakan sudah mencecah 58 tahun.