Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ramai Yang Bagus Menyanyi Tapi Penampilan Tak Ada’ – Ziana Zain Yakin...

    ‘Ramai Yang Bagus Menyanyi Tapi Penampilan Tak Ada’ – Ziana Zain Yakin Bakat & Imej Perlu Seiring Untuk Bergelar Penyanyi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi yang juga merupakan juri tetap Calpis Soda One In A Million, Ziana Zain berpendapat bahawa selain bakat, imej dan penampilan merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh penyanyi.

    Bakat, imej dan disiplin penting’

    Ketika ditemui , Ziana atau nama lengkapnya Siti Roziana Zain, 56, mengakui bahawa penampilan yang cantik dan kemas adalah antara faktor lain seseorang selebriti itu kekal dalam industri seni tanah air.

    Bakat, imej dan disiplin adalah tiga benda yang sangat penting dan perlu ada pada penyanyi untuk kekal relevan dalam industri.

    Imej yang dimaksudkan adalah penampilan dan bagaimana seseorang itu membawa diri mungkin dari segi pemakaian, berjalan, dan sebagainya. Semua itu penting untuk buat orang tertarik.

    Ziana berkata demikian ketika ditemui di konsert minggu pertama Calpis Soda One In A Million yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, pada Ahad.

    ‘Nak jadi penyanyi bukan mudah’

    Dalam pada itu, pelantun lagu Madah Berhelah ini akui terlalu ramai individu yang mempunyai bakat dan suara yang luar biasa namun sukar untuk terus ke hadapan kerana tidak memiliki kelebihan dari segi imej.

    Oleh itu, setiap penyanyi perlu memainkan peranan dan berusaha dalam memperbaiki penampilan agar tampak lebih kemas.

    Kalau tengok industri sekarang, ramai yang menyanyi bagus tapi bila tak ada penampilan jadi tak boleh nak kemana. Itu yang saya selalu tekankan. Bukan nak kata saya pandang mereka sebelah mata cuma mereka perlu berusaha. Kalau dah ada suara bagus, kena tengok benda apa yang perlu diperbaiki lagi.

    Sebagai seorang juri tetap di CSOIAM, Ziana akui selain bakat, antara faktor lain yang dititikberatkan dalam penjuriannya adalah imej dan penampilan setiap peserta.

    Ketika saya menjadi juri CSOIAM, imej juga antara benda yang saya tengok. Ada peserta yang saya pernah tegur sebab imej. Nak jadi penyanyi bukan mudah, sebab itu kena ada guru.

    Sekadar info, seramai 14 peserta yang terpilih iaitu Dhania, Mariam, Zazzleen, Kai Deva, Hafiz Zainal, Rezza Shah, Aniq Iffat, Hazimi, Erfarina, Alya, Eylia, Dayangku Iffah, Mary Grace dan Trio XL bakal berentap pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) untuk merebut wang tunai berjumlah RM1 juta.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Akan Ingat Dia Sampai Bila-Bila’ – Zul Ariffin Kongsi Detik Perkenalan Dengan Arwah Ashraf Sinclair

    CSOIAM ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.

    CSOIAM berlangsung pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts