Pentas akhir All Stars Gegar Vaganza atau GV10 telah menutup tirainya pada malam tadi dengan kejutan buat penonton apabila penyanyi Jaclyn Victor diumumkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza.
Kemenangan Jac yang telah berjaya mengalahkan tujuh peserta lain membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Switzerland berserta trofi.
Neelofa Tersalah Ramal?
Menerusi ciapan di X (Twitter), salah seorang selebriti yang kerap membuat ramalan tepat iaitu Neelofa membuat pilihan bakal juara GV10 sebelum program realiti itu berlangsung di Axiata Arena dengan meramalkan Hady Mirza sebagai juara GV10.
“Rasanya Hady Mirza juara.”-ciapan Neelofa di aplikasi X
Siti Nurhaliza Puji Persembahan Liza Hanim!
Dalam pada itu, penyany terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Insta Stories memberikan pujian terhadap persembahan salah seorang peserta ASGV, Liza Hanim yang berjaya mempersembahkan lagu Terus Hidup nyanyian asal Aina Abdul dengan hebat.
“Liza Hanim bawa dengan hebat lagu Terus Hidup. Dengar lagu ini di level yang lebih kayangan. Tahniah sis. InsyaAllah juara menanti.”-puji Siti kepada Liza Hanim
Titip Ucapan Kemenangan Buat Jaclyn Victor
Siti turut menitipkan rasa bangga dengan Jaclyn Victor yang berjaya dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza setelah membepersembahkan lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan lagu duet Sandarkan Pada Kenangan nyanyian bersama Datuk Jamal Abdillah.
Pihak Astro juga mengumumkan, semua peserta membawa pulang RM10,000, pakej percutian serta trofi iringan. Pentas akhir ASGV bersiaran secara langsung pada malam tadi di Axiata Arena Bukit Jalil.
Tahniah buat semua pemenang!