Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRambut Putera Harry Kembali Tebal, Netizen Kata Sumpahan ‘Botak’ Raja Charles III...

    Rambut Putera Harry Kembali Tebal, Netizen Kata Sumpahan ‘Botak’ Raja Charles III Tak Menjadi?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jika anda perhatikan, keturunan Raja Charles III dikatakan mengalami kebotakan bagi lelaki. Bermula dari Raja Charles III, kemudian Putera William dan seterusnya Putera Harry. Semuanya mengalami kebotakan di bahagian tengah atau sekitar mahkota.

    Baru-baru ini, penampilan Putera Harry menunjukkan sebaliknya. Jika sebelum ini rambutnya semakin menipis dan menunjukkan tanda-tanda kebotakan, kini tidak lagi.

    Foto – Daily Mail / Better Up

    Dikutip daripada Mirror, penampilan Putera Harry nampak berbeza dengan pertumbuhan rambut yang agak lebat berbanding sebelum ini. Putera Harry yang memuat naik gambar terkininya di laman sesawang Better Up, rambutnya kelihatan lebih tebal, lebat dan sihat.

    Putera Harry Mungkin Guna Produk Khas?

    Melihat gambar Putera Harry tersebut, Spencer Stevenson iaitu pengasas SpexHair mendedahkan Duke of Sussex itu mungkin menggunakan produk rambut yang khas.

    Tekaan Spencer, Putera Harry mungkin menggunakan produk Nanogen Hair Fibers untuk mendapatkan rambut yang lebat dalam masa yang singkat.

    Foto – Nanogen (FB)

    Nanogen Hair Fibers akan diletakkan di kawasan kepala yang memerlukan rambut yang lebih tebal dan berisi. Kemudian, diratakan dengan jari untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

    Manakala menurut warganet pula, ada yang menyatakan Putera Harry telah photoshop gambarnya untuk menunjukkan rambut yang tebal. Apa pendapat anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts