Penyanyi Ramlah Ram akui teringin untuk melakukan konsert solo di Malaysia namun tiada panggilan dari mana-mana penganjur di Malaysia.
Konsert solo
Ketika ditemui , Ramlah, 59, menjawab pertanyaan mengenai konsertnya di Esplanade Concert Hall, Singapura.
Ujarnya, dia pegang dan percaya pada rezeki yang diaturkan oleh Tuhan.
Penganjur di Malaysia belum lagi panggil saya untuk konsert.
Kalau ada peluang, ada rezeki, saya pun ingin buat konsert.
Tapi saya percaya pada rezeki.
Ramlah berkata demikian semasa menghadiri sidang media Konsert MEGAHITZ 3 Dekad 1 Vol di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Belum ada rezeki
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Diam-Diam Jatuh Cinta’ berkata, dia akan melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang dan rezeki.
Tegasnya, Tuhan mengaturkan rezeki dalam pelbagai cara.
Mungkin rezeki saya ada di Singapura dahulu.
Apa pun saya akan berikan yang terbaik.
Kadang-kadang mungkinlah ada terasa orang di Singapura lebih nampak bakat saya berbanding di sini.
Namun, semua berbalik pada rezeki.
Berikutan itu, Ramlah meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tidak pernah putus walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian.