Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRangkaian Televisyen Media Prima Bawakan Liputan Khas Pra-Belanjawan 2025

    Rangkaian Televisyen Media Prima Bawakan Liputan Khas Pra-Belanjawan 2025

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Dalam usaha memperkukuh pemahaman masyarakat mengenai langkah-langkah yang diambil dalam Belanjawan 2025, pasukan berita Rangkaian Televisyen Media Prima telah menyiarkan beberapa laporan khas Pra-Belanjawan yang disokong oleh Kementerian Kewangan (MOF).

    Belanjawan 2025

    Liputan ini bertujuan memberikan gambaran mendalam mengenai isu-isu utama yang akan diangkat dalam pembentangan belanjawan.

    Laporan-laporan ini disiarkan di saluran TV3, 8TV, dan TV9 dengan setiap laporan berdurasi dua minit, memberikan penonton pandangan ringkas namun komprehensif mengenai topik-topik penting.

    • TV3:
      1. Pembangunan Infrastruktur – siaran bertarikh 9 Oktober
      2. KWSP Akaun Fleksibel– siaran bertarikh 10 Oktober
      3. Kebajikan Rakyat – siaran bertarikh 12 Oktober
      4. Pekebun Getah/Nelayan – siaran bertarikh 13 Oktober
      5. Eko Madani – siaran bertarikh 17 Oktober
    • 8TV:
      1. KWSP Akaun Fleksibel – siaran bertarikh 10 Oktober
      2. Kebajikan Rakyat – siaran bertarikh 13 Oktober
      3. Eko Madani  – siaran bertarikh 17 Oktober
    • TV9:
      1. Inisiatif Pendapatan Rakyat – siaran bertarikh 10 Oktober
      2. Inisiatif Nelayan  – sairan bertarikh 13 Oktober
      3. Eko Madani – siaran bertarikh 17 Oktober

    Ringkasan petikan dari Buletin Utama TV3

    1.Pembangunan Infrastruktur (9 Oktober)

    Kemudahan yang baik di sekolah dapat menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif terutama kepada murid-murid.

    • Kerajaan memperuntuk 930 juta di bawah Belanjawan 2024 bagi menaik taraf bangunan dan prasarana 451 sekolah daif termasuk 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.
    • Sebanyak 40 pembangunan semula bangunan daif di sekolah yang diluluskan disasar dapat disiapkan tahun ini membabitkan peruntukan RM582 juta.
    • 16 sekolah sudah siap dinaik taraf termasuk Sekolah Kebangsaan Kampung Empila
    • Di bawah program pembangunan semula sekolah daif dilaksanakan kerajaan persekutuan, sebuah bangunan tiga tingkat dengan sembilan bilik darjah siap dibina Julai lalu.
    • Di Sarawak sahaja KPM mengenal pasti 555 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif 
    • Penyediaan prasarana pendidikan yang kondusif untuk sesi pembelajaran dan pengajaran sentiasa menjadi keutamaan kementerian pendidikan.
    ALSO READ:  11 Legenda & Bintang Dari Sabah Bakal Bergabung Pada ‘Malam Amal Legends’

    2. KWSP Akaun Fleksibel (10 Oktober)

     

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan akaun tiga atau fleksibel yang diumumkan kerajaan semasa belanjawan 2024.

    • Akaun KWSP ini bertujuan membantu ahli mengakses simpanan mereka pada waktu kecemasan. 
    • Sejak akaun fleksible diperkenalkan 3.4 juta ahli pencarum mengeluarkan 8.9 bilion simpanan mereka setakat Julai.
    • Skaun fleksible memperuntukkan 10 peratus simpanan pencarum yang mana ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka semasa kecemasan.
    • Di bawah penstrukturan KWSP, 5% simpanan dalam akaun dua dipindahkan kepada akaun persaraan.
    • Ini secara tidak langsung membantu 40,000 pencarum mencapai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000.
    • Pengeluaran akaun fleksibel turut merangsang perbelanjaan isi rumah sekaligus memberi limpahan kepada ekonomi domestik negara.

    3. Kebajikan Rakyat (12 Oktober)

    Manfaat sumbangan tunai rahmah

    1. Pelbagai insentif menerusi belanjawan 2024 telah dinikmati rakyat sepanjang tahun ini.

    • Inisiatif kerajaan Madani berhasil melonjakkan ekonomi negara dan meningkatkan taraf penduduk.

    2. STR digunakan untuk membeli keperluan asas serta melunaskan komitmen bulanan seperti bil utiliti.

    • Bagi belanjawan 2024 bantuan STR ditambah daripada maksimum RM2500 kepada RM3700.
    • 700,000 penerima SPR kategori miskin tegar turut mendapat sumbangan asas rahmah atau sara dalam bentuk bantuan barangan keperluan asas.
    • Setiap bulan RM100 dimasukkan ke akaun bank penerima selama 12 bulan bagi pembelian di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara.
    • Golongan miskin tegar juga menikmati subsidi bil elektrik.

    3. Sumbangan BAP di bawah ekonomi Madani

    • Sumbangan BAP di bawah ekonomi Madani yang dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 itu disalurkan kepada 5 juta pelajar bagi membantu meringankan beban persediaan persekolahan
    • Antara yang paling bermanfaat khususnya buat golongan B40.
    • Turut diperkenalkan juga pas perjalanan percuma pelajar sekolah dan OKU.
    ALSO READ:  Muaz Zabir Kongsi Peribahasa, Tiada Niat Perli Sesiapa – ‘Andai Terasa, Ini Cara Perbaiki Diri’

    4. Pekebun getah/nelayan (13 Oktober)

    1.Usaha kerajaan memberi tumpuan kepada golongan rentan dalam sektor pertanian dihargai penerima.

    • Manfaatnya bantuan tunai kepada golongan pekebun kecil getah dan nelayan dilihat amat bermakna terutama ketika musim tengkujuh apabila mereka tidak boleh keluar menoreh atau ke laut.
    • Di bawah Belanjawan 2024 pekebun kecil yang layak menerima bantuan musim tengkujuh sebanyak RM800.
    • Penoreh getah turut menerima manfaat peningkatan pendapatan yang diselaraskan RISDA.

    2. Golongan nelayan juga terbela

    • Golongan nelayan juga terbela dengan bantuan elaun sara hidup sehingga RM300 ringgit dan insentif hasil tangkapan nelayan sehingga RM1000 bantuan tunai ini menjadi talian hayat kepada golongan itu terutama ketika musim tengkujuh.
    • Kerajaan turut mengekalkan subsidi diesel pada harga terendah RM1.65 kepada nelayan kelas tertentu.
    • Serta membina dan baik boleh rumah nelayan yang uzur.

    5. Eko Madani (17 Oktober)

    Mengangkat darjat hidup rakyat dan mengstruktur semula ekonomi. Matlamat ekonomi Madani yang diterjemahkan melalui Belanjawan 2024 kini membuahkan hasil. 

    1. Terbukti Bursa Malaysia dan ringgit mencecah paras tertinggi.
    • Belanjawan 2024 menjadi batu asas melonjak malaysia sebagai jaguh hebat di rantau asia.
    • Ekonomi negara semakin kukuh. Peningkatan KDNK berkembang pada suku tahun ke 2 tahun ini – naik 2024 iaitu 5.9%.
    1. Pasaran saham semakin aktif – apabila dana asing masuk ke Bursa Malaysia.
    • Pengukuhan mata wang tempatan dengan permintaan yang tinggi dengan kemasukan pelabur asing.
    1. Taraf penduduk semakin baik dengan median upah bulanan bertambah 9%. di bawah Ekonomi Madani.
    • Penurunan kadar pengangguran di Malaysia – kehidupan lebih baik

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Yusof Haslam Dedah Patimah Pernah ‘Lari’ Rumah Sebulan – ‘Dia Sangka Saya Curang, Bawa Diri Ke Sekolah Pondok’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts