Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRangkaian Televisyen Media Prima Berhad Bolot 17 Trofi Di Anugerah Seri Angkasa...

    Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Bolot 17 Trofi Di Anugerah Seri Angkasa 2024, Bukti Karya Diterima Baik Penonton

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Televisyen Media Prima BerhadTelevisyen Media Prima Berhad

    Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya membolot 17 anugerah menerusi Anugerah Seri Angkasa (ASA 2024) yang dianjurkan Kementerian Komunikasi.

    Bolot 17 trofi!

    Televisyen Media Prima BerhadTelevisyen Media Prima Berhad

    Kemenangan ini adalah pencapaian bersama seluruh pasukan di Rangkaian Televisyen Media Prima yang membuktikan keunggulannya di arena industri penyiaran tanah air menerusi penghasilan kandungan berkualiti yang dikongsi dengan masyarakat.

    Salah satu kemenangan paling berharga adalah menerusi kategori Dokumentari TV Terbaik, di mana program 8TV, Taste of Memory (Musim 2), diiktiraf dengan anugerah berprestij yang melayakkan  membawa pulang Dana Kandungan Kreatif  (KDK) bernilai sehingga RM150,000.

    Kemenangan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan usaha keras seluruh pasukan produksi, tetapi juga menunjukkan sokongan padu dan luar biasa daripada penonton setianya.

    Program berkualiti

    Televisyen Media Prima BerhadTelevisyen Media Prima Berhad

    Selain itu, TV3 juga menonjol dengan kemenangan oleh hos berdedikasi dan berbakat luar biasa seperti Fiza Sabjahan dan Fedtri Yahya yang mempunyai semangat yang tinggi, yang masing-masing telah berjaya merangkul anugerah Pengacara TV Terbaik dan Pengulas TV Terbaik.

    Tidak dilupakan program ikonik seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Majalah 3 (M3) terus diiktiraf atas kualiti serta impaknya yang signifikan dalam industri penyiaran.

    Lebih membanggakan lagi, TV3 telah berjaya menembusi kemenangan dalam kategori Media Baharu di Anugerah kali ini, melalui  drama DOH di Tonton dan podcast Siti Mimah.

    Kejayaan dalam kategori-kategori ini adalah bukti komitmen kami dalam meneroka pelbagai medium baharu di platform digital dan menghasilkan kandungan inovatif.

    Karya disambut baik

    Televisyen Media Prima BerhadTelevisyen Media Prima Berhad

    Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, kerjayaan yang dilakar merupakan hasil usaha semua pihak yang telah meyumbang tenaga dan keringat.

    Kejayaan ini amat bermakna buat kami semua. Kemenangan ini bukan sahaja cerminan komitmen dan hasil usaha seluruh tenaga kerja di Rangkaian Televisyen Media Prima, tetapi juga titik tolak kepada perjuangan kami dalam terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri penyiaran.

    Kami akan terus melangkah ke hadapan, menghasilkan program-program yang memberi impak positif kepada masyarakat dan mendukung nilai-nilai yang bermanfaat untuk semua.

    ASA 2024 adalah bukti bahawa karya kami disambut baik dan dihargai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan setiap program kami, terutama para penonton yang setia, penerbit yang berinspirasi, dan rakan industri yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

    Pencapaian ini bukan sahaja menjadi pendorong tetapi juga satu penghormatan yang membawa inspirasi baharu untuk kami meneroka lebih banyak medium dan genre. Kami akan terus meraikan setiap kemenangan ini dengan memperkaya pengalaman penonton dan memastikan Rangkaian Televisyen Media Prima  terus berdiri megah di persada penyiaran.

    Setiap pemenang dalam kategori ASA2024 akan menerima trofi, sijil, dan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Berikut adalah 17 anugerah yang diraih oleh Rangkaian Televisyen Media Prima:

    ALSO READ:  Angkara Dendam Lama, Wanita Simbah Air Panas Pada Pemuda OKU

    Kategori TV  (Drama) :

    1. Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik – Aida Aris dalam Dania (TV3)
    2. Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik – Umar Shakur dalam Demi Masa (TV3)

    Kategori TV (Produksi) :

    1. Dokumentari TV TerbaikTaste of Memory (Musim 2) oleh Chong Boon Yee (8TV)
    2. Bicarawara TV TerbaikEksklusif Bersama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia oleh Mohd Said Abdullah Thani (TV3)
    3. Rancangan Agama TV TerbaikSahabat Backpackers 2023 oleh Muhammad Saiful Saharudin (TV3)
    4. Liputan Sukan TV TerbaikPerlawanan Persahabatan Pramusim 2022 — Manchester United VS Liverpool oleh Mohd Hafizul Akhmal bin Azeman & Zainal Za’Aim Bin Zainal Ratin (TV9)
    5. Rancangan Kanak-Kanak TV TerbaikThe Z Power (Musim 3) oleh See Chee How (8TV)
    6. Animasi Tempatan  TV TerbaikEjen Ali Musim 3 oleh Usamah Zaid Yasin (TV3)
    7. Pengacara TV Terbaik – Fiza Sabjahan untuk Eksklusif Bersama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia (TV3)
    8. Pengulas TV TerbaikAhmad Fedtri Yahya untuk Aduan Jiwa: Hati Tertinggal di Syria (TV9)
    9. Jurukamera TV MCP TerbaikMohd Hairul Izuan bin Aminuddin dalam Anugerah Juara Lagu 37 (TV3)
    10. Jurukamera TV SCP Terbaik – Rishigeysannambiar A/L Sivasangaram dalam Tinta Syurga (TV3)
    11. Suntingan Rancangan TV TerbaikChristine Lee Mei Chin dalam Majalah 3 – Tragedi Elmina (TV3)
    12. Set TV TerbaikAnugerah Juara Lagu 37 oleh Muhammad Hafizan Bin Muhammad Noor (TV3)

    Kategori TV (Berita dan Hal Ehwal Semasa) :

    1. Laporan Khas Berita TV TerbaikRumah Kecil Tapi Berlambak Bilik Sewa oleh Nur Izzatie Mohd Rizan (TV9)

    Kategori Media Baharu:

    1. Drama TerbaikDOH oleh Indigo Films SDN BHD untuk TV3 (Tonton)
    2. Podcast TerbaikSiti Mimah oleh Muhammad Ali Imraan Bin Harun  (TV3 Facebook)
    ALSO READ:  [VIDEO] Aisyah Aziz Akui Panas Pakai Tudung, Harap Netizen Tak Mudah Lempar Kecaman – ‘Saya Perlukan Setiap Orang Untuk Bantu’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts