Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRasa Bersalah Untuk Gembira Ketika Ini, Fazura Akui Asyik Terkenang Nasib Pilu...

    Rasa Bersalah Untuk Gembira Ketika Ini, Fazura Akui Asyik Terkenang Nasib Pilu Anak-Anak Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Walaupun sudah berpuluh-puluh tahun ditindas kejam oleh rejim Israel, namun rakyat Palestin tidak pernah duduk diam melihat semua penindasan dan kekejaman ini.

    Bahkan, sudah sekian banyak jiwa yang terkorban dan gugur syahid dalam menentang penjajahan tersebut, meskipun mereka hanya bersenjatakan batu.

    Hiba mengenang nasib kanak-kanak di Palestin, pelakon Fazura mengakui sukar untuk dirinya berasa gembira ketika ini.

    Fazura, 39, berkata, hatinya memikirkan hal tersebut apabila melihat puterinya, Fatima tersenyum riang sedangkan ramai kaum ibu di Palestin menderita dan sedih kerana anak mereka terkorban akibat kekejaman Zionis.

    “Anak saya tersenyum sedangkan saya memikirkan kaum ibu di Gaza yang telah kehilangan anak.

    “Kini, mereka sedang menghiburkan anak-anak mereka yang cedera akibat serangan berterusan oleh Zionis.

    “Sukar untuk benar-benar rasa bahagia hari ini,” katanya dalam satu hantaran InstaStory baru-baru ini.

    Selain itu, dia juga turut turun padang ke perhimpunan solidariti termasuk mengibar bendera Palestin ketika hadir menyaksikan konsert Coldplay baru-baru ini.

    Fazura merupakan antara selebriti tanah air yang tidak berhenti berkongsi tentang penderitaan rakyat Palestin dan segala kejahatan Israel menerusi Instagram.

    Sejak perang yang bermula 7 Oktober lalu, lebih 15,500 orang terbunuh di wilayah tersebut, manakala lebih separuh daripada mereka ialah wanita dan kanak-kanak.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts