Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRasa Macam Di Istana India! Sambutan Deepavali di ‘Centre Court’ Suria KLCC...

    Rasa Macam Di Istana India! Sambutan Deepavali di ‘Centre Court’ Suria KLCC Meriah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur



    Deepavali Di Suria KLCC

    Sempena perayaan Deepavali, Suria KLCC menyerikan ruang legarannya atau ‘Centre Court’ dengan tema ‘Gemerlapan Taman Cahaya’ dari 3 hingga 15 November ini. Jika anda berkunjung ke Suria KLCC, anda akan disajikan dengan rekaan taman yang dihiasi bunga-bungaan indah dan ayunan buaian yang pastinya menjadi tarikan untuk merakam detik indah. Dekorasi “kolam” interaktif bersaiz 20 kaki bakal menyambut pengunjung. Ia mampu berputar dan memancarkan cahaya mengikut interaksi pengunjung. Suasana bakal dimeriahkan lagi dengan hiasan sebuah replika burung merak setinggi tujuh kaki. Ekor interaktif sepanjang 32 kaki mampu berkembang penuh gemalai dan begemerlapan mengikut interaksi pengunjung. Diilhamkan daripada bunga tiruan serta beras berwarna, ianya seolah-olah hidup. Hiasan berwarna-warni beserta penataan lampu dan kesan bunyi bakal membangkitkan semangat perayaan cahaya ini. Lebih meriah, terdapat persembahan tarian tradisional kaum India dengan alunan lagu-lagu Deepavali terpilih juga boleh dinikmati di seluruh pusat membeli-belah untuk meningkatkan suasana perayaan ini. Selain itu, Suria KLCC memeriahkan sambutan Deepavali ini dengan menawarkan hadiah istimewa kepada pelanggan. Pembelian berjumlah RM600 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan memperoleh e-Baucar membeli belah Suria KLCC bernilai RM50.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts