Penyanyi dan pelakon, Alif Satar berkongsi momen indah apabila dapat tidurkan anak-anaknya, Alisha Anugerah, Ariana Mecca, dan Muhammad Ali yang semakin membesar.
Kongsi Momen Dapat Tidurkan Anak-Anak
Kongsi Alif, anak-anaknya itu kini menceritakan hal masing-masing termasuklah ujian yang dijalani di sekolah, selain menitipkan rasa syukur apabila anak-anaknya itu dapat tidur dengan nyenyak.
“Harini rezeki dapat tidurkan anak…Alhamdulillah. Masing-masing nak bersembang and bercerita hal masing-masing, Alisha dapat TP6 ini lah, Adeeq pulak subject ni dapat TP5 yang itu dan TP6 ini..
Ali pulak cerita lion dance dia apa semua..gedebuk gedebak, sedar-sedar tidoq dah..
This is it for me, right here..rasa nikmat bila anak-anak aku tidur nyenyak sebab diorang rasa safe. ALHAMDULILLAH…”-kongsi Alif di Instagram
“Apa Yang Korang Faham Pasal Qawwam?..”
Pelakon berusia 34 tahun ini turut menitipkan pesanan buat para lelaki untuk mencari erti Qawwam.
“Ini mesej untuk my brothers, PENTING NI. Yang dah berkahwin ataupun belum kawin… pergi google maksud ‘Qawwam’.. dah google, korang comment kat bawah,
apa yang korang paham pasal maksud QAWWAM. ☝🏽Sesiapa boleh jadi suami atau bapa… tapi QAWWAM… haaaa.”-tulis Alif lagi
View this post on Instagram
Sekadar info, Alif Satar mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Shadila Hadid pada September 2014. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca, dan Muhammad Ali.
Apa komen anda?