Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Rasa Sedih Ada Yang Kata Sudah Penat Dengar Saya Nyanyi Lagu Masing-Masing’...

    ‘Rasa Sedih Ada Yang Kata Sudah Penat Dengar Saya Nyanyi Lagu Masing-Masing’ – Bella Astillah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bella AstillahBella Astillah

    Penyanyi dan pelakon Bella Astillah memohon maaf sekiranya ada peminat yang sudah berasa jemu mendengar dia menyanyikan lagu berjudul Masing-Masing nyanyian asal Ernie Zakri.

    Maaf jika sudah muak

    Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, dia hanya memenuhi jemputan persembahan dan permintaan penganjur.

    Saya mahu minta maaf jika ada yang sudah muak dengar saya sering nyanyi lagu Masing-Masing.

    Ketika saya diundang untuk membuat persembahan, pihak organizer yang mahu saya nyanyikan lagu tersebut, jadi saya tidak boleh tolak.

    Saya sudah beritahu kepada Ernie, dia kata tiada masalah untuk saya nyanyikan. Saya berasa agak sedih ada yang kata penat dengar saya nyanyi lagu itu.

    Penganjur bayar saya, ada rezeki untuk saya dan rezeki itu juga buat anak-anak saya.

    Bella berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul Tapi Bukan Denganmu yang berlangsung di TRX, baru-baru ini.

    Belajar vokal

    Bella AstillahBella Astillah

    Dalam pada itu, Bella bersyukur kerana kini sudah mempunyai lagu sendiri untuk dinyanyikan.

    Tetapi sekarang saya sudah ada lagu sendiri, jadi hari-hari saya boleh nyanyi lagu itu.

    Sementara itu, Bella turut mengulas mengenai komen netizen yang mempertikaikan kualiti vokalnya.

    Katanya, dia masih belajar dengan beberapa guru vokal untuk memperbaiki mutu nyanyian.

    Berkenaan vokal pula, saya belajar vokal dan menyanyi dari kecil sehingga sekarang masih belajar. Saya tidak akan pernah berhenti belajar.

    Saya belajar vokal dengan ayah sendiri, cikgu Syafi dan cikgu Dally. Saya minta maaf kalau vokal saya tak berapa sedap.

    Lagu Tapi Bukan Denganmu merupakan ciptaan komposer popular Sharon Paul dan merupakan sebuah karya yang dekat di hati Bella kerana liriknya ditulis sendiri olehnya.

    ALSO READ:  Kanak-Kanak Mudah Dimanipulasi & Diancam Secara Seksual Atas Talian, Ibu Bapa Perlu Perjelas Risiko Dunia Siber

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts