Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRasa Sedih Ustaz Adnin Melihat Orang Melayu Layan 'Hot Daddy' Seperti Selebriti...

    Rasa Sedih Ustaz Adnin Melihat Orang Melayu Layan ‘Hot Daddy’ Seperti Selebriti – Tonton Video!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ustaz AdninUstaz Adnin

    Pempengaruh Islamik dan penulis buku yang dikenali sebagai Ustaz Adnin meluahkan rasa sedih selepas melihat video orang awam yang teruja bergambar dengan seorang individu yang didakwa bagi kes persundalan yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’.

    ‘Hilang akal, hilang iman?’

    Ustaz AdninUstaz Adnin

    Menerusi hantaran di Instagram, Ustaz Adnin berkata dia kesal dengan tindakan segelintir pihak yang dilihat sengaja mempromosikan dan memberi publisiti kepada individu terbabit.

    Saya bila tahu benda ini, saya rasa sangat sedih dan sakit hati. Rasa nak marah. Yang mana baru-baru ini, ada seorang mamat Melayu ini aku pun tak kenal, alih-alih kena tahan polis sebab kantoi buat video lucah.

    Berzina dengan ramai perempuan dan dia pergi upload video-video itu dekat media sosial. Dan bila dia dah terlepas dari tahanan polis dengan ikat jamin, alih-alih bila dia buat live, ramai gila orang tengok live dia.

    Lelaki tengok, perempuan pun tengok. Siap bagi gift, puji, sanjung. Saya ada tertengok satu video, mamat itu jalan-jalan, alih-alih ramai orang nak bergambar dengan dia.

    Lelaki ada, perempuan pun ada. Ya Allah, korang dah hilang malu ke? Dah hilang iman ke? Kalau tak mampu nak tinggalkan maksiat, janganlah buat maksiat terang-terangan dan jangan support pelaku maksiat itu.

    Menerusi perkongsian sama, Ustaz Adnin berkata orang ramai tidak seharusnya mengangkat nama ‘Hot Daddy’ apatah lagi menyokongnya selepas dia melakukan perbuatan terkutuk yang terang-terangan salah di sisi agama.

    Kalau kita dah mula bangga dan support maksiat, maksudnya kita ini dah tak ada iman. Sebab selemah-lemah iman adalah benci dan jauhi maksiat itu.

    Ya Allah, saya harap pihak berkuasa buatlah tindakan sewajarnya. Wallahi, saya sedih sangat. Nampak tak betapa video lucah ini boleh merosakkan iman dan pemikiran kita.

    Yang sedihnya, zaman sekarang dah dianggap normal benda-benda lucah ini. Zina dianggap normal, gurau-gurau lucah dianggap normal, apa benda semua ini!? Sampai bila kita nak berterusan seperti ini?.

    Dalam pada itu, Ustaz Adnin turut mengajak semua orang yang sudah ketagih dengan perkara lucah dan maksiat untuk berubah menjadi lebih baik.

    ALSO READ:  70 Mini ‘Fu Bears’ Menanti Di Taiwan Excellence Wanderland Pop-Store

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Adnin Roslan (@ustazadnin)

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts