Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Rasa Tak Dihargai Tu Pernah”- Fiqrie Kongsi Realiti Sebenar Bergelar Penyampai Radio

    “Rasa Tak Dihargai Tu Pernah”- Fiqrie Kongsi Realiti Sebenar Bergelar Penyampai Radio

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam dunia penyiaran radio, kehadiran suara yang merdu dan kebolehan menyampaikan mesej dengan penuh emosi seringkali dianggap sebagai bakat unik. Namun, di sebalik tirai keceriaan dan keseronokan, terdapat kisah sebenar yang jarang didengar – kisah cabaran seorang penyampai radio yang tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya.

    Fiqrie Dahari, seorang individu yang telah melalui liku-liku kehidupan sebagai penyampai radio. Walaupun tidak mahu menyebutkan stesen radio yang pernah menjadi tempatnya berkarya, Fiqrie memberi gambaran tentang pengalaman pahit yang dialaminya. Beliau merasakan bahawa sumbangan dan usahanya tidak pernah dihargai sebaiknya.

    “Saya memang betul-betul cintakan dunia radio, cuma kadang-kadang saya pernah merasakan diri ini tidak dihargai, kemungkin saya tidak selari dengan penjenamaan dan hala tuju stesen itu. Atau mungkin saya terlepas pandang saya tidak tahu. Tetapi semuanya berlaku ada sebabnya. Kalau bukan kerana itu, saya  takkan berjaya mengecapi kejayaan hari ini selepas keluar dari radio, Perkara yang saya tidak pernah sangka mungkin. Alhamdulillah”

    Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh Fiqrie adalah kurangnya penghargaan terhadap usaha yang dilaburkannya dalam membawa hiburan dan maklumat kepada pendengar. Walaupun seringkali mendapat pujian dan sokongan daripada peminat setianya, pengiktirafan rasmi dan ganjaran yang sewajarnya tidak pernah tiba.

    Bagaimanapun, Fiqrie menegaskan cintanya terhadap dunia radio tidak pernah pudar walaupun mengalami sedikit rasa ketidakpuasan hati. Dia percaya setiap kali dia menyampaikan mesej atau terlibat dalam program radio, dia memberi impak positif kepada pendengar.

    Peka dengan isu semasa dan konflik penyampai radio yang tengah kecoh diperkatakan pada saat ini, Fiqrie mendoakan agar nasib yang serupa dengannya diberi kekuatan untuk terus menyumbang kepada dunia penyiaran, walaupun kadang-kadang ia mungkin tidak dihargai sebaiknya.

    ALSO READ:  Konsert WALI X SETIA “Cari Jodoh” & “Dawai” In Penang Berlangsung Meriah!

    Mungkin suatu hari nanti, nama mereka akan tersusun indah di pentas penghargaan yang setimpal dengan usaha dan kebolehan mereka.

    Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024 di Wilayah Gangwon, Korea Selatan

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts