Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

    Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Samsung Electronics Co., Ltd. telah melancarkan Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24+ dan Galaxy S24, dan secara langsung memperkenalkan pengalaman mudah alih baharu dengan Galaxy AI. Siri Galaxy S menerajui era baharu yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna selama-lamanya. AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam siri Galaxy S24, dari membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar, kepada memaksimumkan kebebasan kreatif dengan fitur ProVisual Engine Galaxy, dan menetapkan standard baharu untuk carian di atas talian yang akan mengubah cara pengguna Galaxy menjelajahi dunia di sekeliling mereka.

    “Siri Galaxy S24 mengubah cara kami berhubung dengan dunia dan menyemarakkan inovasi mudah alih untuk dekad seterusnya,”-kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics.

    “Galaxy AI dibina atas warisan inovasi dan pemahaman kami yang mendalam terhadap cara orang menggunakan telefon mereka. Kami bersemangat untuk melihat bagaimana pengguna kami di seluruh dunia memperkasakan kehidupan seharian mereka dengan Galaxy AI untuk mengorak kemungkinan baharu.”-Tambahnyalagi

    Rancakkan Pengalaman Seharian Anda

    Galaxy AI memperkenalkan kecerdasan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti setiap aspek kehidupan, terutamanya peranan telefon yang paling asas: komunikasi. Apabila anda menghadapi kekangan Bahasa, samada semasa berbual dengan pelajar atau rakan sekerja lain dari luar negara, meskipun membuat tempahan semasa bercuti di negara lain, Galaxy S24 menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum in. Semuanya beres dengan fitur Live Translate, iaitu suatu fitur penterjemahan suara dan teks masa nyata dua hala,bagi panggilan telefon dalam aplikasi terbina. Pengguna tidak memerlukan sama sekali sebarang apl pihak ketiga dan AI terbina memastikan perbualan pengguna adalah selamat dengan sepenuhnya.

    ALSO READ:  Fiziwoo Tampil Bersuara Selepas Teruk Dikecam Netizen Isu Aliff Aziz-“Dia Bukan Duta Rasmi…”

    Dengan fitur Interpreter, perbualan boleh diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin terpisah supaya orang yang berdepan boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

    Nikmati Keindahan Dunia Dengan Kreativiti Terserlah

    Fitur ProVisual Engine dalam siri Galaxy S24 adalah lengkapan komprehensif alatan berkuasa AI yang meningkatkan kebolehan menangkap imej dan memaksimumkan kebebasan kreatif, daripada menyediakan syot sehinggalah kepada berkongsinya di media sosial. Hilang sudah imej goyah dan berpiksel yang diambil dari jauh – sistem Quad Tele Galaxy S24 Ultra, yang dikuasakan kanta zum optik 5x baharu dan fitur Adaptive Pixel Sensor, berfungsi dengan sensor 50MP untuk mendayakan prestasi kualiti optik pada tahap pembesaran 2x, 3x, 5x hingga 10x. Imej juga jelas kelihatan sehingga ke pembesaran 100x berkat zum digital yang dipertingkatkan.

    Produk Model RRP Pilihan Warna
    Galaxy S24 Ultra Galaxy S24 Ultra 

    (1TB)

    RM7,799
    • Titanium Gray
    • Titanium Yellow
    • Titanium Violet
    • Titanium Black
    • Online Exclusive (Titanium Blue, Titanium Orange, Titanium Green)
    Galaxy S24 Ultra (512GB) RM6,799
    Galaxy S24 Ultra (256GB) RM6,299
    Galaxy S24+ Galaxy S24+ 

    (512GB)

    RM5,399
    • Cobalt Violet
    • Amber Yellow
    • Marble Gray
    • Onyx Black
    • Online Exclusive (Sandstone Orange, Sapphire Blue, Jade Green)
    Galaxy S24+ 

    (256GB)

    RM4,899
    Galaxy S24 Galaxy S24 

    (512GB)

    RM4,599
    • Amber Yellow
    • Cobalt Violet
    • Marble Gray
    • Onyx Black
    • Online Exclusive (Sandstone Orange, Sapphire Blue, Jade Green)
    Galaxy S24 

    (256GB)

    RM4,099

    * Warna eksklusif dalam talian hanya tersedia di www.samsung.com/my/

    *  Model 1TB hanya eksklusif di www.samsung.com/my/

    Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist boleh membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Yusof Bantu Alisa Siapkan Kerja Sekolah, Curi Perhatian Netizen-“Geram Ya Tengok Dua Beradik Ni..”

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts