Baru-baru ini, pelakon Rashidi Ishak berkongsi pengalamannya selepas dirinya ‘bebas’ daripada ketagihan merokok.
‘Saya sudah berhenti merokok’
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Thread, Rashidi memaklumkan bahawa selepas mengambil keputusan untuk berhenti merokok, dia kini berasa kurang selesa setiap kali terhidu bau asap rokok. Selain turut menyifatkan bau asap tersebut sangat kuat dan kurang menyenangkan.
Saya sudah berhenti merokok. Sekarang saya sedar betapa teruknya bau asap yang melekat pada pakaian. Dan saya tidak tahan lagi dengan asap rokok setiap kali ada orang merokok di dekat saya.
Dalam kesempatan itu, pelakon berusia 51 tahun ini turut memohon maaf andai perbuatan merokoknya sebelum ini telah memberi kesan kepada orang sekeliling.
Saya minta maaf atas bertahun-tahun saya merokok yang memberi kesan yang sama kepada orang lain. Maaf Ada tak yang berhenti merokok mengalami perkara yang sama macam saya?
Komen netizen