Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRasmi Dibuka! Ini 3 Perkara Menarik Pavilion Damansara Heights Mall- “Siapalah Bertuah...

    Rasmi Dibuka! Ini 3 Perkara Menarik Pavilion Damansara Heights Mall- “Siapalah Bertuah Dapat Kereta TESLA Tu?”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pavilion Damansara Heights Mall telah membuka pintu pada jam 12:01 tengah hari kepada orang ramai pada hari Isnin, 9 Oktober 2023. Pembukaan yang sangat dinanti-nantikan itu diserikan oleh dua pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai pusat beli-belah gaya hidup terkini daripada Kumpulan Pavilion.

    Dirasmikan oleh Y. Bhg. Puan Sri Cindy Lim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Pavilion, acara penting itu dimulakan dengan Majlis Memotong Reben diikuti dengan persembahan Tarian Singa yang menghiburkan ratusan tetamu dan pelanggan.

    Patung Tiga Biri-biri Jantan Emas Terbesar

    Pada majlis pembukaan, turut dilancarkan  ‘Three Golden Rams’ di Aras 5 iaitu patung emas tiga ekor biri-biri jantan berdiri dengan tersergam indah. Ia sekaligus telah dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records untuk ‘Three Golden Rams’ terbesar di Malaysia.

    2,888 teknologi kristal kaca Murano

    Pavilion Damansara Heights ini mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila pintu masuk utama dihias dengan 2,888 teknologi kristal kaca Murano yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka, Lightsculptures.

    Pavilion Crown mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records untuk “Lampu Terbanyak ‘Murano’ di Pintu Depan Pusat Beli-belah”. Karya agung ini mengambil masa 20,000 jam untuk proses reka bentuk.

    Pavilion Damansara Heights Mall merangkumi 1.1 juta kaki persegi daripada jumlah kawasan boleh disewa.

    Menangi Kereta Tesla & iPhone 15s

    Bermula dari 9 Oktober 2023 hingga 9 Februari 2024 dengan berbelanja RM190 dan ke atas dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah dan anda boleh  memenangi Tesla Model Y bernilai RM209,000! Ikuti langkah ini;

    • Isi borang penyertaan di Kaunter Concierge, aras 2
    • Jawab 3 soalan mudah di pusat membeli-belah
    • Teka bilangan beg beli-belah dalam replika bag gergasi yang terletak bersebelahan dengan kereta TESLA
    • Tidak sah untuk resit daripada cucian kereta, pengurup wang dan pembayaran utiliti 
    ALSO READ:  ‘Tak Perlu Jadikan Babak Pegang Anjing Sebagai Isu’ – Pelakon Ali Arami Yakin Sudah Rujuk Tokoh Agama Dan Dalil

    Ganjaran Pembelanja Terbanyak – iPhone 15s akan diberikan selama 9 minggu

    Dari 9 Oktober hingga 10 Disember 2023, berbelanja di seluruh pusat membeli-belah dan serahkan borang penyertaan anda pada hari pembelian yang sama melalui Aplikasi Mudah Alih Mall atau di Kaunter Concierge, aras 2. Pemenang akan diumumkan setiap minggu!.

    Untuk berita dan maklumat terkini, pembeli boleh menyemak @paviliondamansaraheights di Instagram dan Facebook, memuat turun aplikasi Mall secara percuma (tersedia pada iPhone dan Android), dan lawati laman web rasmi: www.pavilion-DH.com.

    Apa tunggu lagi, jom ke Pavilion Damansara Heights. Boleh cuci mata melihat barangan dan kedai terbaharu di sana.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts