Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRatu OST, Marsha Milan Hadiahkan ‘Jika Takdir’ Untuk Para Pendengar

    Ratu OST, Marsha Milan Hadiahkan ‘Jika Takdir’ Untuk Para Pendengar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dan pelakon popular Marsha Milan sekali lagi membuktikan vokal nyanyiannya masih berbisa dengan buah tangan terbaharu ‘Jika Takdir’ yang merupakan hasil kerjasama beliau bersama Alternate Records dan Sony Music Entertainment Malaysia.

    OST Sebuah Drama

    Lagu ini telah terpilih sebagai runut bunyi (OST) bagi drama ‘Mentua’ yang bakal ditayangkan di slot Lestary TV3.

    Lagu ‘Jika Takdir’ hasil karya terbaharu komposer terkenal Sang Hitam, Mas Dewangga dan Jova Devitoo ini merupakan sebuah balada yang meruntun jiwa.

    Dengan elemen muziknya yang epik dan mendalam, lagu ini bukan hanya sekadar melodi, malahan menjadi nadi yang menyempurnakan drama ‘Mentua’.

    Setiap nada dan liriknya menggoncang perasaan dan membawa penonton ke dalam lautan emosi yang mendalam.

    Mas Dewangga, yang juga penulis lirik dan penerbit lagu ‘Jika Takdir’, menjelaskan bahawa lagu ini menggambarkan perjalanan hidup seseorang yang menghadapi pelbagai cabaran dan halangan.

    Sudah Boleh Didengari Di Pelbagai Platform

    via Sony Music Entertainment Malaysia

    Marsha Milan, yang sering dipanggil ratu OST (Original Sound Track), selesa menerima gelaran tersebut.

    Sebelum ini, single Marsha yang berjudul ‘Hening Rindu’ yang merupakan lagu runut bunyi kepada drama ‘Aku Bukan Ustazah’ telah mencatat sehingga 758 ribu tontonan di YouTube sekaligus menjadikan lagu tersebut trending di YouTube Music di tangga ke-25 dan juga kini mendapat lebih 100 juta tontonan di aplikasi TikTok.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ‘Jika Takdir’ nyanyian Marsha Milan yang telah mula berkumandang di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti Spotify dan YouTube Music.

    Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

    ALSO READ:  Amir Masdi Sedang Berdepan Masalah Peribadi & Bikin Peminat Risau? – ‘Sebenarnya Saya Dalam Fasa..’

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts