Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Raya Tahun Ini Mencabar Sebab Perlu Mengalah Dan Bahagi Dua”- Madu Marissa...

    “Raya Tahun Ini Mencabar Sebab Perlu Mengalah Dan Bahagi Dua”- Madu Marissa Reda Raya Bergilir Suami Dengannya!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cemburu adalah lumrah dalam kehidupan suami isteri dan kebiasaannya wanita yang banyak dikaitkan dengan sifat sedemikian.

    Bagaimanapun, tidak semua sifat cemburu mendatangkan keburukan dan boleh menimbulkan konflik dalam rumah tangga, bahkan menjaga perasaan pasangan satu daripada sunah Rasulullah SAW dan Baginda memberi garis panduan termasuk menangani rasa cemburu.

    Caranya, sentiasa menerapkan sifat sabar melayan kerenah isteri dan mengalah demi menjaga perasaan mereka, apatah lagi bagi pasangan yang telah memilih untuk berpoligami.

    Meskipun, Islam memperakui prinsip perkahwinan poligami kerana maslahah kemasyarakatan serta bermatlamat untuk melindungi kebajikan kaum wanita, namun alam aspek perundangan, berpandukan Akta 303 di bawah Seksyen 23 memperuntukan bahawa setiap lelaki beristeri yang berhajat berpoligami hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah syariah sebelum mengajukan permohonan kebenaran berkahwin kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

    Sebarang tindakan untuk memilih jalan pintas bagi urusan pernikahan dengan tidak mengikut saluran yang betul adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang.

    Sejujurnya, perkahwinan poligami bukan satu hal mudah sekiranya suami dan isteri-isteri tidak mencapai kata kesepakatan demi membina sebuah institusi kekeluargaan yang harmoni.

    Kejujuran dan sifat adil perlu ada agar tiada hati yang terluka apatah lagi berasa sakit sehingga berasa seperti tersisih.

    Memetik babak daripada filem terkenal Indonesia, Ayat-Ayat Cinta 1 yang mana Fahri berusaha untuk menyakinkan Aisha untuk menerima Mariah dalam rumah tangga mereka.

    Hal utama yang diketengahkan dalam babak itu ialah ikhlas. Ikhlas dalam menerima segala hal iaitu menerima kehadiran wanita lain yang turut menjadi isteri kepada sang suami.

    “Kena mengalah.”

    Berbincang soal ini, demikian antara yang dikongsi Umisya Mazlan iaitu madu kepada model, Marissa Dania Hakim mengenai perbezaan sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

    ALSO READ:  ‘Saya Tak Salahkan Penyondol’ – Amyra Rosli Salahkan Lelaki Punca Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga

    Menurutnya yang mesra disapa sebagai Misya, sambutan hari raya tahun 2024 juga disifatkan mencabar berbanding 2023.

    Tahun ini (raya) agak mencabarlah sebab mengalah dan bahagi dua,” katanya ringkas.

    Jawapan tersebut sekaligus memberi bayangan mengenai status suaminya, Ahmad Aslam yang kini sudah berkahwin dua dan perlu beraya secara bergilir-gilir dengan isteri pertama serta kedua.

    Dalam ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan jawapan yang diberikan Misya dan menganggap wanita tersebut sangat kuat menghadapi dugaan hidup.

    Sebaknya dengar Misya luah tahun ini perlu banyak mengalah sebab berbagi dua. Kuatnya seorang isteri hadapi semua ini.

    “Sakitnya hati dengar jawapan bahagi dua dan kena mengalah itu. Semoga terus tabah,” kata netizen.

    Sehingga hari ini, Misya tidak pernah mengeluarkan sebarang pengesahan mengenai dakwaan suaminya sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

    Perkara itu bagaimanapun disahkan oleh kakak Misya dikenali sebagai Nadiah.

    Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa diketahui oleh isteri pertama, Misya yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

    Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

    Misya sebelum ini juga pernah memuat naik perkongsian memberi bayangan hatinya mula berada tenang apabila perlahan-lahan menerima takdir hidup yang sudah ditentukan oleh Tuhan.

    Sementara, ibu bapa Marissa yang juga pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan mengenai dakwaan pernikahan tersebut apabila panggilan telefon serta mesej tidak dijawab.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts