Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, January 11, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRazman Razmi Dakwa Aqo Imran Ajak Selesai Kes Luar Mahkamah – ‘Bayar...

    Razman Razmi Dakwa Aqo Imran Ajak Selesai Kes Luar Mahkamah – ‘Bayar Kami RM500,000 & Buat Buat Sidang Media Minta Maaf

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Razman dan RazmiRazman dan Razmi

    Duo pereka fesyen, Razman dan Razmi mendakwa jurugambar bernama Aqo Imran yang bertindak memukul mereka sehingga cedera mengajak menyelesaikan isu di luar mahkamah.

    Selesai luar mahkamah

    Razman dan RazmiRazman dan Razmi

    Menerusi hantaran di Instgaram Story, Razman dan Razmi berkata, pihaknya enggan melayan permintaan tersebut kerana insiden itu telah menjejaskan nama baik serta perniagaan mereka.

    Jangan nak suruh orang kau sana sini wakilkan minta pihak kami tarik kes dan selesai luar mahkamah, tidak sekali pun.

    Kau dah buat kami malu satu Malaysia, sakit, trauma, kecacatan fizikal dan kos perubatan.

    Jejaskan nama baik kami selama 25 tahun dalam perniagaan. Pandai pula telefon rakan artis kawan kakak kau, kau dah buat kau tanggung.

    Bayar RM500k

    Razman dan RazmiRazman dan Razmi

    Dalam pada itu, Razman dan Razmi memberi amaran kepada Aqo supaya tidak mengganggu mereka seperti mana diarahkan mahkamah.

    Pun begitu, Razman dan Razmi meletakkan syarat sekiranya mahu selesaikan di luar mahkamah, pihaknya menuntut jurugambar terbabit untuk membayar RM500,000 dan adakan sidang media khas.

    Ingat senang kami nak hadap? Pandai pula nak selesai luar mahkamah dan minta maaf macam itu sahaja.

    Kau rasa apa kami rasa. Kau tak fikir pun sebelum buat. Tolong jangan ganggu kami. Kan dah dapat arahan tak boleh dekat atau ganggu kami.

    Kalau nak sangat, bayar kami berdua RM500,000 untuk semua yang kami lalui dan buat PC (sidang media) minta maaf satu Malaysia. Itu pun kalau kau ada duit.

    Tidak akan berdiam diri, Razman dan Razmi juga akan menghantar surat saman kepada pihak Aqo.

    Tak semudah itu, tunggu saman balas kami. Kami tak mahu cakap lebih dekat sini, pihak kami tidak akan berdiam diri. Kami serahkan kepada pihak berwajib urus.

    Jangan sesiapa pun ganggu kami kecuali hal-hal berkaitan perniagaan.

    ALSO READ:   Ustaz Don Daniyal Bersyukur Tidak Dihalang Berdakwah Selepas Perjumpaan Dengan JAKIM

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts