Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRebecca Nur Al Islam Percaya Kejayaan Setiap Anak Adalah Kerana Ibu –...

    Rebecca Nur Al Islam Percaya Kejayaan Setiap Anak Adalah Kerana Ibu – ‘Kami 8 Beradik Berebut Nak Jaga Mak..’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam memberitahu dia dan adik-beradik sangat menghargai ibu mereka.

    Artikel berkaitan: ‘Takut Beranak, Buat Sedap’ – Rebecca Nur Al Islam Ada Sebab Lahirkan 6 Anak Secara Pembedahan

    Artikel berkaitan: Doktor Sahkan Terdapat Jangkitan Kuman Di Bahagian Kiri Paru-Paru Anak Rebecca Nur Al Islam

    Berebut-rebut nak jaga emak

    Menerusi temu bual di podcast Ruang Usanita, Rebecca berkata, dia dan adik-beradik berebut-rebut untuk menjaga ibu selepas ayah mereka meninggal dunia tujuh tahun lalu.

    Ibu saya itu adalah syurga yang sangat beruntung dekat dunia ni sebab kami lapan adik beradik, enam dah kahwin dan dua tak kahwin lagi, kami berebut-rebut nak menjaga mak kami sebab ayah kami dah meninggal 2017.

    Contoh, abang sana pergi luar negara nak mengheret mak, kita pun nak mengheret mak. Mak tu pun dah macam ‘belah lah lapan aku’, sampai macam gitu sebab anak-anak mahukan dia.

    Menurut Rebecca, dia percaya kejayaan anak-anak adalah disebabkan doa seorang ibu.

    Lepas itu anak ini manjakan dia, kita pun nak manjakan. Sebab kami percaya yang kejayaan kami, kejayaan anak-anak adalah disebabkan mak. Itu memang betul.

    Orang kata syurga hanya untuk anak lelaki, tidak. Anak perempuan itu pun syurga kita juga.

    Mak saya daripada tahun 2017 semenjak arwah ayah saya meninggal, dia beritahu tak pernah sunyi. Alhamdulillah.

    Dalam pada itu, ibu kepada sembilan orang anak ini berharap agar kesemua anaknya akan memberikan layanan sama semasa hari tua kelak.

    Bayangkan kalau hari tua saya anak sorang, saya tak boleh nak gambarkan. Saya tak dapat rasa macam mana mak saya direbut-rebut.

    Jadi Alhamdulillah anak saya sembilan orang dan saya tak rasa berbagi kasih dengan mereka. Saya rasa sembilan-sembilan berebut saya esok (hari tua).

    ALSO READ:  Adira Tak Pernah Ungkit Tentang Penceraian Depan Anak-Anak, Sudah Jadi Rutin Biasa Bapa Jarang Di Rumah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts