Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentredONE Mobile Tawar Ganjaran RM1 Juta Untuk Atlet Bawa Pulang Emas Olimpik...

    redONE Mobile Tawar Ganjaran RM1 Juta Untuk Atlet Bawa Pulang Emas Olimpik 2024!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Asia Tenggara iaitu redONE Mobile menawarkan ganjaran bernilai RM1 juta kepada atlet Malaysia sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas buat negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

    Artikel berkaitan: Mahu Hargai Rakan Jualan, redONE Tawarkan Hadiah Dan Insentif Tunai Lebih RM1.5 Juta!

    Artikel berkaitan: Cepat & Boleh Dipercayai! redONE Lancar Platform Pinjaman Wang Dalam Talian ‘redCASH’

    Sebagai tanda sokongan

    Ganjaran tersebut membuktikan komitmen besar redONE Mobile dalam menyokong perkembangan sukan tanah air.

    Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak redONE mendedahkan pembayaran berjumlah RM1 juta itu akan diagihkan secara ansuran bulanan dalam tempoh 10 bulan.

    Kaedah tersebut digunakan bagi memastikan sokongan jangka panjang untuk atlet yang meraih pingat emas. Manakala bagi acara berpasukan pula, hadiah akan dikongsi sesama atlet.

    Selain itu, pemenang pingat emas kejohanan berprestij itu juga akan menjadi duta kepada redONE Mobile selama empat tahun sehingga berlangsungnya Sukan Olimpik edisi 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

    Inisiatif ini berfungsi sebagai bukti komitmen redONE Mobile untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang dalam sukan di peringkat kebangsaan.

    Penghormatan kepada atlet

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) redONE Mobile, Ameen Amaendran berkata, sumbangan RM1 juta yang diberikan merupakan cara untuk memberi sokongan dan penghormatan buat atlet negara sekaligus menyatukan perpaduan.

    Sebagai sebuah syarikat yang berakar umbi dalam memperjuangkan pembangunan sukan di Malaysia, kami melihat sumbangan RM1 juta ini sebagai satu cara untuk bukan sahaja memberi penghormatan kepada atlet kami yang luar biasa tetapi juga mempamerkan sokongan tidak berbelah bahagi kami terhadap semangat kesukanan dan kebanggaan negara.

    Kami percaya kepada kuasa sukan untuk mencetuskan perpaduan dan kami komited untuk memacu atlet kami ke tahap yang lebih tinggi.

    Dalam pada itu, insiatif ini juga bagi memberi semangat dan inspirasi kepada atlet dan generasi baharu untuk membawa nama baik negara ke peringkat dunia.

    Matlamat kami bukan sahaja untuk meraikan pencapaian atlet semasa tetapi juga membuka jalan kepada mereka yang akan datang mencapai potensi penuh mereka.

    Saya menggesa pertubuhan badan korporat lain untuk bersama-sama menyokong dan menaikkan semangat atlet kita untuk secara kolektif memberi inspirasi kepada generasi baharu dan membawa kegemilangan kepada Malaysia di pentas global.

    Sukan Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Paris bermula 26 Julai ini menyaksikan sekali lagi sandaran utama diletakkan kepada wakil negara dalam acara Badminton dan Berbasikal Trek.

    ALSO READ:  KUSKOP Sasar RM1.6 Juta Nilai Jualan Sepanjang Program Jualan MADANI Raya 2024

    redONE Mobile telah menyokong sukan Malaysia secara aktif melalui pelbagai inisiatif termasuk kerjasama sebelum ini dengan kelab bola sepak iaitu Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC, dan pada masa ini, PDRM FC dan Imigresen FC serta penajaan kejohanan sukan seperti Lawan Pedang Kuala Lumpur, Skuasy Selangor dan Kejohanan Badminton Purple League.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts