Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRedza Rosli Enggan Terlalu Tayang Kebahagiaan Dalam Media Sosial – ‘Bimbang Orang...

    Redza Rosli Enggan Terlalu Tayang Kebahagiaan Dalam Media Sosial – ‘Bimbang Orang Akan Meluat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Redza RosliRedza Rosli

    Pelakon Redza Rosli mengakui dirinya lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi momen kebahagiaan bersama isteri, Bella Hanna di laman sosial.

    ‘Takut orang meluat’

    Redza RosliRedza Rosli

    Ketika ditemui , pemilik nama lengkap Ahmad Redza Rosli, 32, berkata, dia bimbang orang ramai akan berasa rimas sekiranya terlalu berlebihan berkongsi mengenai hal rumah tangga.

    Kalau kongsi, bimbang orang akan meluat. Bagi saya, kebahagiaan itu tidak perlu ditunjuk secara berlebihan. Sebab perkahwinan memang kita hebahkan sebab perkara yang baik.

    Tapi untuk saya, kalau benda yang tak perlu ditunjuk, saya simpan sahaja. Biarlah kebahagiaan itu, kita simpan sendiri dan biar kita saja yang tahu.

    Sebab akhirnya kalau ada masalah kita hadapi sama-sama, bukan orang lain selesaikan. Kita berdua sebagai suami isteri yang akan selesaikan.

    Sementara itu, diajukan soalan mengenai karier seni, Redza memberitahu dia tetap dengan pendiriannya untuk mengelak dari melakonkan babak tidak bersesuaian seperti bersentuhan dan sebagainya.

    Alhamdulillah, isteri saya menerima segala kekurangan saya dan memahami kerja saya. Tapi pada pihak saya sendiri, yang kena tahu batas antara pelakon gandingan, tidak berlebihan, sama macam sebelum ini.

    Sebelum saya bernikah ini pun, sama juga. Mana babak yang perlu, saya elak. Sebab penonton kita pun kebanyakkannya beragama Islam. Takkan kita nak buat perkara tak elok, sebab kita pun tak macam itu.

    Dalam shooting, kita yang buat skrip bukan skrip buat kita, kita yang membuatkan situasi itu kan. Kita yang kawal, mana tak bersesuaian kita bincang dengan pengarah dan pelakon lain.

    Kalau rasa tak perlu buat, kita tak payah la buat. Kalau benda itu harus dibuat, kita pilih la kalau boleh elak, elak selagi boleh.

    Sekadar info, Redza sah menjadi suami kepada aktres dan hos iaitu Bella Hanna dengan sekali lafaz di Forest Valley Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

    ALSO READ:  Puteri Sarah Menghargai Bella Astillah dan Menyarankan Untuk Fokus Pada Anak-Anak

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts