Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRedza Rosli Jaga Privasi, Tak Suka Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial...

    Redza Rosli Jaga Privasi, Tak Suka Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial – ‘Semua Orang Ada Kehidupan Masing-Masing’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Redza Rosli mengakui lebih selesa untuk menjaga privasi dan tidak mempamerkan tentang kehidupan peribadinya dan isteri, Bella Hanna di media sosial.

    Redza jaga privasi, tak suka kongsi kehidupan peribadi

    Ketika ditemui , Redza atau nama lengkapnya  Ahmad Redza Rosli, 32, berkata, dia sebaliknya lebih selesa menggunakan platform media sosial untuk berkongsi mengenai kerjayanya sahaja.

    Saya memang tak suka berkongsi kehidupan peribadi saya di media sosial. Bagi saya benda ni biar saya saja yang simpan. Apa yang saya kongsikan adalah berkaitan kerja saya.

    Kalau ikutkan memang saya dari dulu lebih selesa mcam ini. Saya tidak rasa diri eksklusif, cuma media sosial saya lebih kepada urusan kerja sahaja.

    Pelakon drama Di Hatiku Ada Kamu ini juga berpendapat tiada keperluan untuknya bercerita kisah peribadi kepada umum.

    Tak ada benda nak kongsi tentang peribadi sebab semua orang pun ada kehidupan masing-masing.

    Redza berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod ke-17 Di Hatiku Ada Kamu, di ROM 8 Studio pada Rabu.

    Watak Adif diterima baik oleh penonton

    Apabila ditanya mengenai penerimaan isterinya, Bella Hanna dan peminat, Redza akui mereka sangat memahami pendiriannya yang mahu menjaga privasi.

    Dia menghormati dan sebagai lelaki, saya tahu untuk menjaga perasaan isteri.

    Peminat sekarang semakin bijak dan terbuka. Mereka tetap menyokong walaupun saya jarang kongsi kisah peribadi.

    Sementara itu, menyentuh tentang lakonannya dalam drama Di Hatiku Ada Kamu, Redza bersyukur kerana wataknya sebagai Adif diterima baik oleh penonton meskipun ramai yang mengecam sikap yang ada karakter tersebut.

    Watak Adif bukanlah jahat, tetapi terpaksa bersikap demikian kerana dendam. Tapi siapa yang tengok drama ni daripada awal tahu bagaimana dendam tu wujud.

    Apabila orang bercakap tentang lakonan itu, saya rasa perlu berusaha lebih baik lagi untuk bermain dengan emosi penonton.

    Sekadar info, drama bersiri Di Hatiku Ada Kamu ini menampilkan Hannah Delisha, Redza Rosli, Danial Dashuki, Mikael Noah, Qistina Khaled, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Mas Anizan, Tiara Suraya, Husna Mustaffa, Hazeeq Dean, dan Raja Azmi.

    ALSO READ:  Usahawan Dessert Mohon Netizen Tak Boikot & Kecam Peniaga Lain Yang Didakwa Tiru Produk – ‘Sokong Satu Sama Lain, Semua Cari Rezeki’

    Drama tentang kisah cinta, dendam dan air mata ini telah mula ditayangkan pada 10 Oktober yang lalu dan penonton boleh mula menonton bahagian kedua drama ini pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts