Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki yang bekerja sebagai pegawai kerajaan di Indonesia ditahan polis susulan didakwa memperkosa seorang remaja sehingga mengakibatkan mangsa hamil enam bulan.
Rogol remaja sampai hamil 6 bulan
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan TVOneNews, modus operandi suspek adalah dengan kerap mengunjungi ke kedai kopi yang merupakan tempat kerja mangsa. Namun pada suatu hari iaitu ketika mangsa yang berusia 13 tahun itu menghantar pesanan kopi, suspek bertindak di luar kawalan dengan melakukan aksi kejinya itu.
Selepas memperkosa, suspek mengugut remaja berkenaan supaya mengunci mulut selain turut memberikan wang kepada mangsa.
Difahamkan, perbuatan itu dilakukan suspek berkali-kali. Namun segala-galanya terbongkar selepas ibu mangsa melihat keadaan perut anak perempuannya itu semakin membesar.
Susulan daripada itu, mangsa telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan hamil enam bulang.
Terkejut dengan berita tersebut, ibu mangsa berdepan dengan anaknya dan bertanya kejadian sebenar. Remaja itu akhirnya mengaku telah dirogol oleh suspek.
Suspek kini telah ditahan polis dan siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.