Di TikTok, seorang remaja lelaki yang masih lagi bersekolah menengah mencuri tumpuan apabila tampil menjadi wali sewaktu majlis pernikahan kakaknya baru-baru ini.
Jadi wali nikah kakak
@kakmas7980selesai tugas adik usia 15thn nikahkan kakaknya??????? bunyi asal – Ibu ank5 – kakmas7980
Menerusi video dimuat naik wanita dikenali sebagai @kakmas7980, dapat dilihat remaja yang dipercayai baru sahaja berusia 15 tahun itu mengenakan baju melayu berona coklat.
Remaja berkenaan kemudiannya bersalaman dengan bakal abang iparnya sebelum melafazkan akad pernikahan bagi kakaknya sambil diperhatikan ahli keluarga yang hadir.
Selesai tugas adik usia 15 tahun nikahkan kakaknya.
Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya kagum dengan keberanian remaja berkenaan menjadi wali sewaktu pernikahan kakaknya.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 5 juta tontonan dan lebih 300,000 tanda suka.