Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas membunuh lima sekeluarga dalam satu kejadian di Kecamatan Babulu pada 6 Februari lalu.
Bunuh 5 sekeluarga
Memetik laporan Tribunnews, suspek yang berusia 17 tahun itu membunuh kelima-lima mangsa yang juga merupakan jirannya menggunakan parang. Difahamkan, suspek bertindak sedemikian hanya kerana berang cintanya tidak mendapat restu keluarga terbabit. Tidak terhenti di situ, ada dakwaan mengatakan suspek sempat menyetubuhi dua mangsa iaitu si ibu dan anak gadis.
Tindakan tersebut diketahui memandangkan dua beranak itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian. Selepas kesemua mangsa tidak bernyawa, suspek bertindak melarikan diri bersama-sama wang tunai dan tiga buah telefon bimbit yang dicuri dari rumah tersebut.
Namun akhirnya, suspek berjaya ditahan polis dan menerusi laporan awal, pihak polis mengesahkan motif pembunuhan adalah disebabkan dendam malah sebelum ini juga, pernah berlakunya perselisihan faham antara suspek dan keluarga terbabit.
Susulan daripada apa yang berlaku, abang suspek iaitu Alimudin membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa. Difahamkan, keluarga suspek juga telah dihalau keluar dari kampung terbabit.