Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Reputasi Siti Yang Telus Memudahkan Untuk Sumbangan’ – Inayah Beauty Salur RM500,000...

    ‘Reputasi Siti Yang Telus Memudahkan Untuk Sumbangan’ – Inayah Beauty Salur RM500,000 Kepada Yayasan Nurjiwa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Yayasan NurjiwaYayasan Nurjiwa

    Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima sumbangan berjumlah RM500,000 daripada Inayah Beauty untuk membantu keluarga di Gaza.

    RM500,000 buat Palestin

    Yayasan NurjiwaYayasan Nurjiwa

    Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata, ketelusan adalah kunci setiap sumbangan yang diterima.

    Kami sentiasa memastikan penyumbang mengetahui ke mana sumbangan mereka disalurkan.

    Dengan itu, kami berkongsi aktiviti-aktiviti di media sosial supaya mereka dapat menjejaki bantuan yang diberikan, termasuk sumbangan makanan kepada anak-anak yatim.

    Selain membantu penduduk Gaza, Siti berkata, Yayasan Nurjiwa juga membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.

    Kami memberi keutamaan kepada saudara kita di tanah air yang sedang menghadapi kesukaran.

    Sumbangan tersebut disalurkan kepada 2,500 keluarga yang memerlukan sebagai tanda dedikasi Inayah Beauty dalam usaha kemanusiaan global.

    Ketelusan Yayasan Nurjiwa

    Yayasan NurjiwaYayasan Nurjiwa

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Dini Latifi, menjelaskan, keyakinan terhadap Yayasan Nurjiwa dan reputasi pengasasnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah faktor utama dalam keputusan pihaknya.

    Kerjasama dengan Yayasan Nurjiwa memberikan kami keyakinan kerana integriti dan kebolehpercayaan mereka.

    Reputasi Siti yang telus memudahkan kami untuk menyalurkan sumbangan dengan yakin bahawa ia akan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

    Tahun lalu, kami berjaya mengumpul RM300,000 untuk disumbangkan bagi membantu penduduk di Gaza.

    Tahun ini, jumlah sumbangan bertambah kepada RM500,000 dan daripada apa yang diberitahu, ini bagi membantu 2,500 keluarga di sana.

    Tambah Dini, usaha ini bukan hanya dianggap keperluan segera, tetapi juga bertujuan untuk membina satu tradisi tahunan yang menyeluruh.

    Kami bercita-cita menjadikan kutipan ini sebagai acara tahunan dan berusaha memperkenalkan inovasi yang boleh menggalakkan lebih ramai untuk terlibat.

    Turut serta dalam majlis pengumuman sumbangan berkenaan, duta-duta Inayah Beauty seperti Fasha Sandha, Nora Danish, dan Abby Abadi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Akaun WhatsApp Azadan Rabbani Kena ‘Hack’, Fitri Haris Jadi Mangsa ‘Scammer’-“Resit Transaksi Pun Ada…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts