Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentResepi Keluarga Jadi Rahsia Sukses Norliza dalam Perniagaan Kuih Tradisional

    Resepi Keluarga Jadi Rahsia Sukses Norliza dalam Perniagaan Kuih Tradisional

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tak kenal maka tak cinta, tapi kalau dah kenal Tun’s Kitchen, pasti jatuh cinta!

    Mengenali Norliza binti Elias, 33 atau lebih mesra dipanggil Liza, pasti membuatkan anda teringin nak rasa kuih-muih tradisional yang dihasilkan dari tangannya.

    Berusia 33 tahun dan berasal dari Johor Bahru, Liza kini menetap di Damansara dan menjalankan perniagaan kuih-muih tradisional dari rumah melalui platform Instagram dan Facebook.

    Hobi masak jadi bisnes

    Dengan latar belakang dalam bidang kulinari dari Kolej Komuniti Pasir Gudang, Liza sentiasa menjadikan memasak sebagai terapi dan ia antara penyebab untuk lebih meminati bidang penyediaan makanan.

    Mengambil peluang masa lapangnya sebagai suri rumah, beliau memulakan perniagaan kuih tradisional dari rumah. Bukan sekadar untuk membantu keluarga dari segi kewangan, tetapi juga sebagai usaha memperkenalkan semula kuih-muih klasik yang mungkin semakin dilupakan generasi kini.

    Resepi warisan keluarga, rasa nostalgia

    Apa yang membuatkan kuih muih dari Tun’s Kitchen unik?

    Semuanya datang daripada Resepi turun-temurun keluarga Liza sendiri. Menggunakan bahan-bahan asli dan cara penyediaan tradisional, rasa kuih-muih ini mengingatkan kita pada zaman dulu.

    Kalau anda rindukan kuih seri muka yang lemak berkrim atau onde-onde yang manis dengan gula melaka, Tun’s Kitchen lah tempatnya!

    Berniaga dari rumah hingga jadi pembekal

    Walaupun bermula dari dapur rumah, Tun’s Kitchen kini dah berkembang pesat. Liza bukan saja menjual kuih-muih secara online melalui Instagram dan Facebook, malah juga menjadi pembekal kepada perniagaan katering dan kedai-kedai sekitar Damansara.

    Kisah kejayaan Liza tak berhenti di situ. Dia berjaya menghadiahkan pakej umrah kepada ibu bapanya hasil daripada perniagaan ini. Satu pencapaian yang membanggakan!

    ALSO READ:  KyoChon 1991 Lancar Pencuci Mulut Terbaharu, ‘Dessert Dots’ Perisa Durian & Coklat Sempena Hari Malaysia

    Namun, perjalanannya bukanlah tanpa cabaran. Liza mengakui, cabaran terbesar ialah memperkenalkan kuih-muih tradisional kepada golongan muda yang kini lebih tertarik dengan makanan-makanan trendy dan viral. Tapi Liza yakin, dengan usaha gigih dan fokus pada kualiti, kuih tradisional tetap akan ada tempat di hati orang ramai.

    Harapan untuk masa depan

    Dalam 5 tahun akan datang, Liza berharap untuk mengembangkan lagi perniagaannya dan memastikan kuih tradisional tidak dilupakan oleh generasi muda.

    Dia juga berhasrat untuk membantu golongan muda yang berminat dalam bidang pembuatan kuih-muih tradisional agar warisan ini terus terpelihara.

    Macam mana nak cuba kuih-muih dari Tun’s Kitchen?

    Kalau anda teringin nak rasa kuih muih tradisional dari Tun’s Kitchen, bolehlah terus ke Instagram atau Facebook mereka: @tunskitchen atau, hubungi Liza melalui WhatsApp di 013-7197295.

     

    Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan. Emel ke [email protected] untuk mengetahui lebih lanjut.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts