Di Instagram, pelakon Rita Rudaini memuat naik video anak lelakinya Airit Rayyan sedang menghafaz al-Quran. Menerusi posting tersebut, Rita menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Tak perlu nak tayang
Menerusi pemerhatian pihak , rata-rata netizen kagum melihat kebolehan yang dimiliki oleh Rayyan. Ujar netizen, Rita merupakan inspirasi buat ibu tunggal di luar sana dalam membesar dan mendidik anak-anak.
Selain menerima pujian, ada juga segelintir individu menganggap perkongsian pelakon itu sebagai tindakan yang riak apatah lagi ketika bulan Ramadan.
Tak perlulah nak tayang anak pandai macam-macam. Anak orang lain pandai juga, boleh baca al-Quran. Bukan anak awak sahaja yang pandai.
Bersihkan hati daripada berbangga-bangga di bulan Ramadan ini.
Susulan daripada komen tersebut, Rita meminta individu tersebut membersihkan hati kerana suka memandang sesuatu perkara daripada sudut negatif.
Kau itu yang kena bersihkan hati hitam tu. Kau tengok semua orang dari sudut negatif, hati busuk kau. Cuci hati kau dulu sebelum kau nak suruh orang cuci hati.
Sekadar info, video tersebut dipercayai dirakam ketika Rayyan berusia 10 tahun dan berada di Masjidil Haram, Makkah. Menurut Rita, kelebihan dimiliki Rayyan adalah hadiah paling bermakna kerana mencintai al-Quran.
Masa ini umur Ryan 10 tahun dalam Masjidil Haram. Uncle Rizal rekod masa ni. Sayu mommy tengok. Inilah hadiah yang Allah nak beri pada mommy. Anak-anak yang terang hatinya mencintai al-Quran dan lembut hati.
Video
View this post on Instagram