Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRestoran Chopstick Asia: Siap Sedia Makanan Cina Halal, Menantikan Sijil Halal Dari...

    Restoran Chopstick Asia: Siap Sedia Makanan Cina Halal, Menantikan Sijil Halal Dari JAKIM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    CHOPSTICK RESTORANCHOPSTICK RESTORAN

    Bagi penggemar masakan Cina halal, mesti mengetahui atau pernah berkunjung ke restoran Chopsticks Asia yang sentiasa memastikan operasi harian mereka menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    Fasa akhir nak dapat sijil HALAL

    RESTORAN CHOPSTICK TTDIRESTORAN CHOPSTICK TTDI

    Menurut Kenneth Choong, selaku Pengarah Kenc Holdings Sdn Bhd, berkata cawangan pertama Chopsticks Asia dibuka di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada tahun 2019.

    Kata Kenneth, dia mula mengambil alih pengurusan restoran itu pada tahun 2020 dan kini sudah masuk fasa terakhir untuk mendapat pengiktirafan sijil Halal dari pihak JAKIM.

    Kami sentiasa memastikan semua syarat yang ditetapkan oleh pihak JAKIM dipatuhi kerana sasaran kami adalah pengunjung pelbagai bangsa dan agama.

    Antara langkah yang kami ambil termasuklah memastikan pembekal-pembekal kami adalah dari senarai yang diiktiraf oleh pihak JAKIM serta melantik pegawai yang bertanggungjawab bagi memastikan operasi harian setiap cawangan berjalan dengan lancar demi keselesaan pelanggan.

    Nak semua orang rasa keenakan

    restoran chopstick 3restoran chopstick 3

    Ditanya kenapa berminat dengan perniagaan makanan Cina halal, Kenneth yang ditemani Edelina Hamid Abdul Hamid selaku Pengurus Pematuhan Halal menyatakan dia ingin berkongsi keenakan masakan masyarakat Cina.

    Malaysia adalah sebuah negara unik yang mempunyai penduduk berbilang bangsa serta pelbagai budaya dan segalanya boleh dikongsi bersama dengan cara yang betul.

    Kami ingin berkongsi keenakan makanan masyarakat Cina yang sedap serta unik kepada Muslim komuniti. Sekarang ini ramai yang masuk Islam (mualaf), jadi mereka rindu dengan masakan Cina.. itu antara sebab yang kami sediakan yang versi halal.

    Contoh Hokkien Mee.. kebanyakan restoran tak ada tapi kami ada sediakan. Sebab Hokkien Mee versi tak halal menggunakan bahan-bahan yang mengandungi ‘pork.’ Tapi kami olah dan ganti dengan formulasi baru guna bahan halal. Rasa masih sama.

    Justeru itu, mendapat pengiktirafan halal adalah usaha kami bagi memastikan pelanggan dapat menikmati hidangan di Chopsticks tanpa ragu-ragu.

    Nama kedai ‘Chopstick’

    RESTORAN CHOPSTICK TTDI 2RESTORAN CHOPSTICK TTDI 2

    Bercerita dengan pemilihan nama kedai, Kenneth berkata dia ingin mengekalkan nama yang dekat dengan budaya orang Cina.

    Sebab kami nak nama yang reflect dengan budaya Cina. Bila letak nama Chopstick, orang dah tahu restoran ini sediakan makanan Cina. Setakat ini, tak ada lagi timbul kontroversi disebabkan nama kedai.

    Dalam pada itu, Kenneth mengakui ada segelintir pelanggan yang pernah menyuarakan rasa takut untuk datang menikmati makanan Muslim-friendly Chinese.

    Kalau tak ada macam tipu.. Ada pelanggan yang rasa was-was nak datang tapi kami tak nak stres. Semua prosedur, bahan mentah memang ‘strictly’ berlandaskan bahan halal.

    Kalau tak menggunakan semua bahan halal, susah untuk kami dapat sijil pengesahan dari JAKIM. JAKIM sangat ketat kawalan mereka.

    JAKIM bukan setakat tengok bahan yang digunakan tetapi proses sepanjang kami menyediakan makanan sehingga cara menghantar bahan ke dua lagi lokasi restoran.

    Chopsticks, Asia menyediakan ‘home food’ masyarakat Cina Malaysia yang kaya dengan rasa dan boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan peringkat umur.

    ALSO READ:  Makna Saya Tak Bersyukur Kerana Tempat Ketiga di #AJL38 Menyumbang Ulasan Aina Abdul

    Antara makanan kegemaran yang sering dinikmati adalah Hokkien Mee, Nyonya Fish Fillet, Kung Pao Chicken dan macam-macam lagi.

    Selain dari itu, perkhidmatan katering turut disediakan untuk majlis keramaian di rumah atau di tempat kerja.

    Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan pada bulan ini, Chopsticks Asia tidak terlepas mengadakan promosi Bufet Ramadan yang bermula dengan harga RM59.90 untuk seorang dewasa. Tempat untuk berwuduk dan bersolat juga disediakan.

    Sekadar info, Chopsticks Asia kini telah mempunyai 40 orang pekerja dan tiga cawangan iaitu TTDI, Bangsar dan Cyberjaya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts