Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRestoran Chopsticks Asia Anjur Program ‘30 Hari, 30 Rumah Kebajikan’, Kongsi Rezeki...

    Restoran Chopsticks Asia Anjur Program ‘30 Hari, 30 Rumah Kebajikan’, Kongsi Rezeki Beri Pek Makanan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebuah restoran makanan halal masyarakat tradisi Cina iaitu Chopsticks Asia dengan berbesar hatinya melancarkan program CSR (Corporate Social Responsibility) yang diberi nama Chopsticks Prihatin.

    30 hari, 30 rumah kebajikan

    Program Chopsticks Prihatin ini akan dijalankan selama 30 hari dengan memberikan sumbangan kepada 30 rumah kebajikan yang memerlukan di sekitar Lembah Kelang.

    Antara rumah kebajikan yang menjadi sasaran program ini termasuklah anak yatim, warga emas, gelandangan, ibu tunggal dan lain-lain lagi.

    Menurut Kenneth Chong selaku pemilik Chopsticks Asia, pihaknya mendapati ramai golongan yang sangat memerlukan namun tidak diberikan perhatian di luar sana.

    Justeru itu, agenda utama program ini adalah untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

    Sebenarnya kami dapati ramai golongan kurang bernasib baik serta memerlukan jadi, kami nak bantu meringankan beban yang mereka pikul.

    Selain itu, sebab utama kami menganjurkan program ini adalah untuk mendapatkan keberkatan bulan Syawal yang mulia.

    Jadi, saya berharap dengan bantuan yang kami hulurkan ini sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman di wajah mereka.

    Ketika ditanya mengenai bentuk sumbangan, Kenneth memaklumkan mereka memberi pek makanan yang sudah siap dimasak.

    Namun, pihaknya berhasrat untuk turut memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit pada masa hadapan.

    Buat masa ini, kami memberikan sumbangan dalam bentuk makanan namun kami juga bercadang untuk memberikan dalam bentuk kewangan di masa akan datang.

    Pihak kami juga terbuka untuk menerima sumbangan dan tajaan daripada mana-mana pihak agar program ini dapat memberikan lebih banyak bantuan kepada yang memerlukan.

    Setakat ini sumbangan telah dibuat kepada tiga buah pusat kebajikan iaitu Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, Rumah Limpahan Kasih Anak Yatim Dan ASNAF dan terbaharu di Rumah Kasih, Setapak.

    Setakat tiga hari penganjuran program Chopsticks Prihatin, pihak Kenneth telah menyumbang kira-kira 300 bungkus makanan yang siap dimasak kepada mereka yang memerlukan.

    ALSO READ:  Aprena Manrose Buka Tudung, Bapanya Iwan Suruh Tanya Suami Kerana Bukan Tanggungjawabnya Lagi

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts