Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 30, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Antara Yang Menarik Saat Konsert Afgan dan Lyodra di Megastar Arena,...

    [REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Afgan dan Lyodra di Megastar Arena, KL

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Konsert gandingan dua bintang popular Indonesia,  ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR, di Megastar Arena baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Pembukaan konsert yang diserikan oleh hos terkenal, Radin ERA dan paling mengejutkan, kemunculan Dee (Jangan Ketawa), menyuntik semangat nostalgia bagi penonton yang merindui kemunculan pelawak dan pengacara yang terkenal di era 90-an ini. Kehadiran mereka di pentas menciptakan suasana yang penuh keceriaan dan keterujaan.

    Acara dibuka dengan persembahan dari Ash Fasryll yang menyanyikan lagu ‘Nyaman’ oleh penyanyi hebat Indonesia, Andmesh Kamaleng. Penampilan Ash tidak mengecewakan dan berjaya memanaskan suasana sebelum kemunculan dua bintang utama.

    View this post on Instagram

    A post shared by KHARISMA MUSIC (@kharismamusicinternational)

    Tiba-tiba, Afgan dan Lyodra muncul dari bawah pentas, menyanyikan lagu duet, “Kau Yang Ku Tunggu”. Momen ini membuatkan penonton teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan lebih banyak persembahan.

    Pentas yang dihias dengan konsep pop yang ceria dan segar turut menambah keindahan suasana. Dengan lampu berkilauan dan dekorasi yang menarik, penonton benar-benar dibawa ke dalam dunia muzik yang penuh warna. Gandingan Afgan dan Lyodra bukan sahaja serasi dalam nyanyian, tetapi juga dalam penampilan yang memukau.

    Susun atur muzik dalam konsert ini harus dipuji. Kebanyakan lagu dendangan Afgan telah diubah suai dengan arrangement yang lebih segar dan menarik. Ini menunjukkan usaha dan kreativiti penganjur dalam memberikan sesuatu yang berbeza kepada peminat. Setiap lagu disampaikan dengan penuh emosi dan ketelitian, membuatkan penonton terbuai dalam alunan muzik.

    Afgan tampak begitu energetik di pentas, mungkin disebabkan oleh waktu rehat yang dimilikinya ketika waktu peralihan konsert. Dia memberi peluang kepada Lyodra untuk mengambil alih persembahan, dan penampilannya tidak kurang hebatnya. Lyodra, dengan gaya dan busana yang anggun, jelas memikat perhatian semua orang. Komunikasinya dengan penonton sangat baik, dan humor yang disuntik membuat suasana lebih mesra dan menghiburkan.

    ALSO READ:  Iqbal Zulkefli Kongsi Idea Nak Terbitkan Drama, Mahu Angkat Kisah Hukum Berasmara Dalam Iddah

    Lyodra benar-benar all out dalam persembahannya, terutama ketika menyanyikan lagu “Sang Dewi”. Note yang tinggi dihabiskan dengan begitu cantik dan memukau, menunjukkan kehebatannya sebagai penyanyi. Penonton terpesona dengan vokalnya yang kuat dan teknik nyanyian yang sempurna. Setiap nota yang dilafazkan seolah-olah membawa penonton merasai setiap emosi lagu tersebut.

    Secara keseluruhan, konsert ini diangkat sebagai salah satu yang terbaik tahun ini dari artis Indonesia. Gandingan Afgan dan Lyodra yang serasi, diiringi dengan susunan muzik yang baik, mencipta pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh peminat. Ini adalah satu pengesahan bahawa kedua-dua penyanyi ini memiliki karisma yang luar biasa.

    Tahniah diucapkan kepada penganjur Kharisma Music (KM) kerana telah menjayakan acara in dan juga Joe Prc Publicist  kerana menjemput MURAI hadir ke konsert. Kesempatan untuk menyaksikan persembahan hebat ini tentunya memberi inspirasi kepada peminat muzik di seluruh negara. Semoga lebih banyak lagi konsert seperti ini diadakan di masa hadapan, membawa lebih banyak keceriaan dan pengalaman indah kepada semua.



    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts