Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment HUAWEI MatePad 11″ PaperMatte Edition Kembalikan Nostalgia Menulis Atas Kertas

    [REVIEW] HUAWEI MatePad 11″ PaperMatte Edition Kembalikan Nostalgia Menulis Atas Kertas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Memperkenalkan HUAWEI MatePad 11″ PaperMatte Edition, tablet hebat yang direka untuk memberikan anda rasa menulis di atas kertas. Ia lebih daripada sekadar tablet kerana dalam dunia serba moden ini  Huawei. telah  mengembalikan semula nostalgia kita semua menulis di atas kertas.

    Apa yang ada dalam kotak? Sebelum ini kami ada mengeluarkan video unboxing tablet baharu ini dan akan menemui koleksi aksesori penting yang disusun dengan teliti yang direka untuk meningkatkan pengalaman pengguna keseluruhan anda.

    View this post on Instagram

    Di dalam kotak, anda akan menemui set aksesori yang komprehensif, termasuk Kain Penggilap untuk memastikan peranti anda bersih, Pengecas dan Kabel Jenis-C untuk pengurusan kuasa yang cekap, Panduan Mula Pantas untuk memudahkan proses persediaan dan Kad Waranti , memberikan jaminan dan sokongan untuk gajet baharu anda.

    5 Perkara Menarik Tablet Ini Selama Kami Menggunakannya

    Keselesaan Mata Salah satu perkara menarik tentang MatePad 11 PaperMatte Edition ini ialah dilengkapi dengan keupayaan untuk menghapuskan gangguan cahaya sehingga 97 peratus, jadi ia dapat mengurangkan pantulan cahaya yang mengganggu keselesaan mata.

    Teknologi Nanoscale Texture

    Menggamit kenangan! Zaman sekarang, kita semakin jarang menulis di atas kerta dengan menggunakan pen atau pensil. Tapi tablet ini telah mengembalikan semua nostalgia kita semua. Tablet ini menggunakan teknologi Nanoscale Texture yang membantu menulis dengan lancar pada skrin seperti menulis di atas kertas. Selain itu, terdapat juga ciri bunyi berdesir seperti kertas sebenar apabila menyelak muka surat e-book.

    Skrin anti silau

    Kepada yang ada masalah penglihatan rabun silau tu,  tablet ini siap dengan skrin anti silau bertekstur tanpa menjejaskan kualiti warna dan imej yang dipancarkan. Skrin MatePad 11 PaperMatte Edition juga direka bentuk untuk menjadi lebih selamat dan mesra mata berkat dari pensijilan yang disediakan oleh SGS dan TUV Rheinland Triple Certification.

    ALSO READ:  ‘Masa Sakit Tu Saya Dah Pandang Muka Isteri & Anak..Teringat Anak Yang Belajar Di Melaka’ – Azlee Senario

    Kadar penyegaran 120 Hz

    Performa tablet ini dilengkapkan dengan skrin berkualiti yang menyokong kadar penyegaran 120 Hz yang boleh memberikan visual yang lebih lancar dan responsif berbanding sebelum ini. Untuk menyokong produktiviti, tablet ini dilengkapi dengan aksesori Papan Kekunci Boleh Tanggal Pintar, M-Pencil Generasi Kedua untuk menulis dan melukis dan tetikus Bluetooth.

    Saiz, Performa & Audio Yang Sempurna

    MatePad 11 PaperMatte Edition mempunyai dimensi 253.7 mm tinggi, 165.3 mm lebar dan 7.2 mm tebal dengan skrin 11 inci. Ia mempunyai berat sekitar 480 gram termasuk bateri. Dari segi pemprosesan, tablet ini dikuasakan oleh pemproses Platform Mudah Alih Qualcomm Snapdragon 870. Tablet ini menggunakan HarmonyOS 3.1 dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 7,250 mAH. Tablet ini turut dilengkapi dengan kamera hadapan 8 MP dan kamera belakang 13 MP. Tampil dengan kapasiti 8GB + 128GB (varian WiFi), ia boleh dimiliki pada harga RM2,299. Maklumat lanjut di laman web rasmi HUAWEI.

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts