Konsert Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur anjuran Qew Communications yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Januari, baru-baru ini telah memberikan momen yang manis buat peminat yang menantikan persembahan kumpulan terkenal dari Jogjakarta, Indonesia yang sudah dua dekad dalam industri muzik.
Dalam konsert ini, Letto yang dianggotai Noe sebagai vokalis, Patub (Gitar), Cornel (Gitar), Widi (keyboard), dan Dhedot (dram) menggembirakan para hadirin dengan sekitar 17 buah lagu sepanjang karier mereka.
Alunan Gamelan Sebagai Suntik Elemen Istimewa
Konsert mereka sempena ulang tahun ke-20 lebih istimewa apabila diiringi tujuh pemuzik gamelan yang dibawakan khas dari Yogyakarta, Indonesia.
Dalia Farhana Sebagai Artis Pembukaan
Malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi baharu, Dalia Farhana yang memberikan ‘opening act’ dengan single-nya, Langit Yang Sama.
Selain itu, penyanyi berusia 26 tahun ini juga berduet bersama kumpulan Letto dengan menyanyikan salah satu lagu hits mereka pada 2009, berjudul Senyumanmu.