Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Mengintip Kehebatan vivo V30 Pro, Dengan Zeiss Tiga Kamera Utama, Gambar...

    [REVIEW] Mengintip Kehebatan vivo V30 Pro, Dengan Zeiss Tiga Kamera Utama, Gambar Raya Confirm Letups!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam era digital yang semakin maju, kemajuan dalam teknologi fotografi telah mengubah cara kita memandang dan menghasilkan potret. Dari masa ke masa, peranti pintar telah menjadi lebih dari sekadar telefon, mereka telah menjadi alat utama bagi pengguna untuk menangkap momen-momen berharga dalam kehidupan mereka.

    Lagi-lagi raya nak dekat ni, mesti ramai yang tercari-cari telefon pintar dengan kamera yang hasil gambarnya letups!

    Dengan gabungan teknologi inovatif, telefon pintar vivo V30 Pro dengan Zeiss tiga kamera utama dan Aura Light Portrait 3.0 muncul sebagai peranti pilihan untuk penggemar fotografi yang ingin menghasilkan potret yang mengagumkan.

    ZEISS Triple Main Camera

    Salah satu kelebihan utama kerjasama ini adalah membolehkan teknologi ZEISS menjadi lebih mudah diakses oleh lebih ramai pengguna. Dengan menyertakan teknologi kamera terkemuka dalam siri telefon pintar mid range, vivo mengubah landskap pasaran dengan menawarkan kualiti fotografi yang tinggi pada harga yang lebih berpatutan. Sebelum ini pengguna hanya boleh menikmati kecanggihan teknologi ZEISS pada siri flagship X.

    Disebabkan perkongsian strategik antara Zeiss, peneraju dalam inovasi optik, sistem pencahayaan terkemuka dalam industri fotografi, vivo V30 Pro menawarkan gabungan kuasa kamera dan pencahayaan yang luar biasa yang menakjubkan.

    Keunikan utama peranti ini terletak pada fokusnya pada keupayaan potret yang menakjubkan, terutamanya dari segi pencahayaan lembut yang melengkapkan kualiti imej yang tinggi.

    Aura Light Portrait 3.0

    Dalam dunia fotografi, cahaya memainkan peranan penting dalam mencipta suasana yang sesuai untuk setiap gambar. Terutama dalam potret, penggunaan cahaya yang tepat dapat menghasilkan perbezaan yang signifikan antara gambar yang biasa dan gambar yang memukau.

    Inilah sebabnya mengapa penemuan terbaharu dalam teknologi fotografi, yang dikenali sebagai “Aura Light Portrait 3.0”, telah menjadi topik hangat di kalangan penggemar fotografi.

    ALSO READ:  “Sendiri Buka ‘Kain’ Sendiri” – Norlia Ghani Dedah Perbezaan Artis Dahulu Dan Zaman Sekarang

    Aura Light Portrait 3.0 ini menghasilkan cahaya yang 19 kali lebih luas dan 50 kali lebih lembut berbanding lampu denyar (flash) biasa. Dengan Smart Colour Temperature Adjustment dan kecerdasan buatan (AI), warna dan kekuatan cahaya Aura Light ini boleh dilaraskan secara automatik, bergantung kepada jarak subjek yang diambil gambar.

    Lihat hasil tangkapan gambar di bawah.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts