Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Pengalaman Menginap Di The Boathouse Pulau Tioman, Nostalgia Mengimbau Suasana Kampung

    [REVIEW] Pengalaman Menginap Di The Boathouse Pulau Tioman, Nostalgia Mengimbau Suasana Kampung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pulau Tioman, sebuah permata tersembunyi di Laut China Selatan, menawarkan keindahan semula jadi yang memukau dan ketenangan yang sukar ditandingi. Salah satu tempat penginapan yang unik dan membawa kita kembali ke zaman dahulu ialah The Boathouse Pulau Tioman. Terletak di tepi pantai dengan pemandangan laut yang menenangkan, The Boathouse Pulau Tioman memberi pengalaman menginap yang menggamit nostalgia suasana kampung.

    Baru-baru ini, kami di MURAI.my berpeluang merasai pengalaman menginap di The Boathouse Pulau Tioman selama 4 hari 3 malam, suatu pengalaman yang tak dilupakan.

    Perjalanan 5 jam Dari Kuala Lumpur ke Jeti Mersing

    Perjalanan kami bermula dengan 5 jam perjalanan darat dari Kuala Lumpur ke Jeti Mersing. Setibanya di jeti, kami menaiki boat peribadi yang mengambil masa 1 jam untuk sampai ke resort. Sesampainya di jeti, kami disambut mesra oleh staf resort yang mengambil alih pengurusan bagasi kami hingga ke bilik hotel.

    Setibanya di Hotel, para tetamu disambut dengan mesra oleh kakitangan yang ramah. Mereka memastikan segala keperluan dan keselesaan tetamu diutamakan. Sambutan hangat ini membuatkan pengunjung berasa seperti berada di rumah sendiri, seolah-olah pulang ke kampung halaman.

    Kena pada waktunya, tetamu disajikan hidangan masakan kampung seperti ayam masak lemak cili api, sambal udang, dan banyak lagi yang benar-benar mengimbau kenangan masakan kampung.

    Senibina Tradisional yang Menawan

    Selepas makan tengahari, kami check-in ke bilik dan ini saat uang dinanti-nantikan. Hotel 4 bintang yang mempunyai 31 unit bilik ini memiliki rekaan tradisional Melayu yang autentik. Bumbung tinggi, dinding kayu, dan lantai papan yang berkeriuk setiap kali dilangkah, semuanya memberikan suasana kampung yang sebenar. Hiasan dalaman pula dihiasi dengan perabot antik dan hasil tangan tempatan, menambahkan lagi keindahan dan keaslian tempat ini.

    ALSO READ:  Sebelum Ini Tidak Ada Sakit Jantung, Kini Jantung Azlee Senario Disahkan Tersumbat 99 Peratus
    Ruang Anjung Yang Cukup Luas
    Terdapat 31 Unit Bilik Di The Boathouse Pulau Tioman
    Bilik Jenis Deluxe Bungalow
    Bilir AIr Dengan ‘Vibes’ Kampung

    View this post on Instagram

    Saya menginap di bilik Deluxe Bungalow yang berharga sekitar RM900 termasuk sarapan pagi. Terdapat juga bilik lain seperti Beachfront Bungalow, Beachfront Family Bungalow, Beach House Suite, Beach House Loft, dan 2-3 Bedroom Beach House.

    Deluxe Bungalow
    Beachfront Family Bungalow
    Beach House Suite
    Beach House Loft
    2-3 Bedroom Beach House

    Tingkap-tingkap besar yang menghadap ke laut membolehkan anda menikmati pemandangan yang menakjubkan sambil menikmati angin laut yang sepoi-sepoi.

    Pada sebelah petang, hotel menyediakan pelbagai aktiviti tradisional seperti membuat layang-layang dan bermain bersama teman-teman di tepi pantai. Bila penat, kami menikmati minuman petang di Attap Seed Restaurant. Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi permainan tradisional yang ditawarkan seperti congkak, batu seremban, dan bola tampar.

    Aktiviti tradisional membuat layang-layang

    Selain daripada menikmati fasiliti hotel yang cukup lengkap, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar The Boathouse:

    1. Memancing: Para tetamu boleh mencuba nasib memancing di jeti yang disediakan.
    2. Menyelam dan Snorkeling: Terumbu karang yang mempesonakan di sekitar Pulau Tioman menawarkan pengalaman menyelam dan snorkeling yang tidak dapat dilupakan.
    3. Jungle Trekking: Jelajah hutan tropika dan temui flora dan fauna yang eksotik seperti Air Terjun Kampung Asah dan melawat Pokok Mother Willow di Kampung Paya.
    4. Lawatan Kampung: Para tetamu boleh melawat kampung-kampung berdekatan dan merasai kehidupan tradisional penduduk tempatan.

    Pengalaman Menikmati Makanan Tradisional

    Salah satu pengalaman yang paling nostalgik di The Boathouse adalah menikmati makanan tradisional Melayu yang disediakan oleh tukang masak tempatan. Hidangan seperti rendang daging, ayam masak lemak cili api, dan kuih-muih tradisional disajikan dengan cara yang autentik, mengimbau kenangan zaman dahulu kala. Anda patut cuba Teh Tarik di sini memang padu.

    Jika menginap di sini, jangan lupa untuk mencuba ABC (Air Batu Campur) yang istimewa. Memang lain daripada yang lain kerana ia dihidangkan dalam balang kaca.

    View this post on Instagram

    Program Pembersihan Persisiran Pantai Bersama Alvin Chelliah: Melindungi Ekosistem Terumbu Karang

    Ekosistem terumbu karang merupakan salah satu aset alam yang paling berharga dan rapuh di dunia. Terumbu karang bukan sahaja menyediakan habitat bagi pelbagai spesies marin, tetapi juga berfungsi sebagai pelindung semula jadi pantai daripada hakisan dan bencana alam. Namun, terumbu karang kini berhadapan dengan pelbagai ancaman seperti pencemaran, penangkapan ikan berlebihan, dan perubahan iklim. Program pembersihan persisiran pantai yang dipimpin oleh Alvin Chelliah adalah salah satu usaha penting dalam melindungi dan memulihara ekosistem ini.

    ALSO READ:  “Borak Boleh Tapi Jangan Sampai Menipu….”-Jep Sepahtu

    Alvin adalah seorang aktivis alam sekitar dan penyelam berpengalaman yang telah lama terlibat dalam usaha memulihara terumbu karang. Beliau terkenal dengan dedikasi dan usaha gigihnya dalam menjalankan pelbagai program pemuliharaan alam sekitar, khususnya yang berkaitan dengan ekosistem marin.

    Kami dibawa ke Mpnkey Bay dan dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan diberikan kawasan tertentu untuk dibersihkan. Alat-alat seperti sarung tangan, beg sampah, dan tong kitar semula akan disediakan.

    Program pembersihan persisiran pantai yang dipimpin oleh Alvin Chelliah adalah satu inisiatif penting dalam usaha melindungi ekosistem terumbu karang. Dengan melibatkan masyarakat setempat dan meningkatkan kesedaran mengenai isu pencemaran laut, program ini bukan sahaja membantu dalam memulihara alam sekitar tetapi juga membina semangat komuniti dalam usaha pemuliharaan. Usaha gigih Alvin Chelliah dan para peserta program ini diharapkan dapat menjadi contoh dan inspirasi kepada lebih ramai individu untuk turut serta dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

    Staf yang ramah membuatkan kami merasa seperti berada dalam sebuah keluarga besar. Setiap hari, mereka menghantar nota tanda ingatan ke bilik bersama cenderahati yang comel. Setiap momen di sini sangat berharga dan akan dikenang dengan penuh rasa rindu.

    Ahli Media Yang Menyertai FAM Trip ke The Boathouse Pulau Tioman Yang Dianjurkan Oleh HPL Hotel & Resorts Bersama GO Communications

    Menginap di The Boathouse Pulau Tioman bukan sahaja memberikan pengalaman percutian yang luar biasa, tetapi juga membawa kita kembali mengimbau suasana kampung yang mendamaikan. Resort ini bukan sekadar tempat penginapan, tetapi juga satu perjalanan nostalgia yang pasti meninggalkan kesan mendalam di hati setiap tetamunya.

    Menginap di The Boathouse Pulau Tioman bukan sekadar sebuah percutian, tetapi sebuah perjalanan nostalgik yang mengimbau suasana kampung dan kehidupan tradisional. Dari rekabentuk penginapan yang klasik, fasiliti yang lengkap, hingga aktiviti-aktiviti yang menarik, semuanya menyumbang kepada pengalaman yang unik dan mengesankan. Bagi mereka yang mencari ketenangan dan ingin melarikan diri dari kesibukan kota, The Boathouse adalah pilihan yang sempurna untuk merasai keindahan semula jadi dan budaya yang kaya di Pulau Tioman.

    ALSO READ:  Sepiring Memperkenalkan Menu Baharu ‘Selera Penang’ Untuk Dinikmati Bersama!

    Untuk tempahan atau pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada [email protected]m atau di talian +60 9 419 2888.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts