Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment SAMSUNG Galaxy Buds 3 Pro, Ternyata Ia Lengkap & Fitur...

    [REVIEW] SAMSUNG Galaxy Buds 3 Pro, Ternyata Ia Lengkap & Fitur Yang Memuaskan!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Samsung Galaxy Buds 3 Pro menawarkan pengalaman audio yang luar biasa dengan keselesaan yang tinggi, dan sarung pengecas yang mudah dibawa. Dengan setiap generasi baru TWS premium, Samsung menambah pelbagai ciri untuk meningkatkan produk ini, menjadikannya lebih menarik. Kami di MURAI MY berpeluang untuk menggunakannya selama beberapa minggu, terima kasih kepada SAMSUNG kerana memberi kepercayaan kepada kami.

    Berikut kami sertakan gambar UNBOXING Buds 3 Pro.

    Pertama sekali kami ingin mengenai penampilannya. Reka bentuk Galaxy Buds 3 Pro menggabungkan elemen yang sering kita lihat dengan jenama lain, tetapi tetap unik dengan bentuk batang segi tiga yang lebih selesa daripada pesaing. Model ini juga dilengkapi dengan muncung telinga yang boleh ditanggalkan, menjadikannya sesuai untuk pelbagai bentuk telinga.

    Kualiti pembinaan agak sederhana,  walaupun bekas pengecas terasa seperti ‘biasa’, penampilannya tetap mewah. Buds ini juga ringan dan kukuh, memastikan keselesaan sepanjang hari tanpa mengganggu pemakai.

    Ciri “Lampu Bilah” yang terletak di belakang setiap unit memberikan petunjuk berguna seperti kuasa bateri dan status sambungan, serta memudahkan penemuan TWS dalam keadaan gelap. Ini menambah elemen istimewa dan kelebihan kepada penggunaannya.

    Penggunaan aplikasi Samsung Wearable sangat penting untuk memaksimakan fungsi Buds 3 Pro. Aplikasi ini membolehkan kawalan penuh terhadap ciri seperti ANC, bunyi ambien, dan sebagainya.

    Samsung juga memberikan pengalaman audio yang adaptif dengan mod bunyi yang berbeza, termasuk ANC yang berkesan dalam mengurangkan bunyi sekitar. Walau bagaimanapun, pengguna diingatkan untuk berhati-hati semasa memandu kerana bunyi sekeliling mungkin teredam.

    Kawalan sentuhan pada Buds 3 Pro membolehkan pengguna mengakses fungsi tanpa menyentuh peranti mereka, walaupun ia memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri. Ini termasuk pengaturan kelantangan dan pemanggilan pembantu suara.

    ALSO READ:  Jasmine Suraya Menjual Kereta Untuk Menampung Kos Pengajian Di Amerika Syarikat Melebihi RM400,000

    Dengan codec SSC UHQ beresolusi tinggi, Buds 3 Pro menawarkan kualiti audio yang jelas dan tajam, tetapi fungsi ini memerlukan peranti Samsung yang lebih baru untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Ini menjadikan pengalaman mendengar muzik lebih memuaskan.

    Dalam ujian, kualiti bunyi dalam pelbagai genre muzik seperti rock dan pop sangat mengagumkan. Bunyi yang lebih jelas dan terperinci menjadikan pengalaman mendengar lebih menyeronokkan.

    Secara keseluruhan, Galaxy Buds 3 Pro adalah pilihan yang solid untuk mereka yang mencari TWS berkualiti tinggi, tetapi untuk memanfaatkan sepenuhnya ciri-cirinya, pengguna disarankan untuk menggunakan peranti Samsung.

    Jika anda berminat, Buds 3 Pro di pasaran Malaysia di jual pada harga rasmi RM 999, manakala Buds 3 hanya serendah RM RM599. Anda boleh membuat pembelian Buds 3 di sini dan Buds 3 Pro di sini.

    Related articles

    Follow Us

    20,223FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts