Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Samsung Galaxy Watch Ultra: Jam Tangan Pintar Yang Menjadi Idaman Lelaki

    [REVIEW] Samsung Galaxy Watch Ultra: Jam Tangan Pintar Yang Menjadi Idaman Lelaki

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jam pintar premium Samsung Galaxy Watch Ultra dilancarkan secara rasmi di acara Galaxy Unpacked di Paris pada 10 Julai 2024 yang lalu. MURAI MY berkesempatan untuk mencuba keupayaan jam ini, yang dianggap sebagai model paling canggih dalam siri Galaxy Watch.

    Apa-apa pun jom kita unboxing dulu, lihat video di bawah,

    View this post on Instagram

    Galaxy Watch Ultra menawarkan rangka titanium, butang pintasan “Quick Button”, cip 3nm, sistem pengendalian WearOS 5, dan Galaxy AI untuk penjejakan kecergasan yang lebih baik.

    Reka bentuk Galaxy Watch Ultra memberikan impresi besar dan lasak, dengan dimensi panjang 47.1 mm, lebar 47.4 mm, ketebalan 12.1 mm, dan berat 60.5 gram, menjadikannya hampir dua kali ganda lebih berat daripada Galaxy Watch 7 40mm.

    Jam ini mempunyai bentuk empat segi yang dibulatkan, memberikan estetika yang begitu maskulin, dan kami percaya ramai lelaki di luar sana sukakannya. Reka bentuk ini bukan sahaja menambah daya tarikan visual, tetapi juga menjadikan jam ini selesa dipakai pada pergelangan tangan. Badan titanium yang digunakan menambah lagi elemen ketahanan dan kesan premium.

    Dilengkapi dengan butang pintasan untuk memulakan aktiviti sukan, Galaxy Watch Ultra memudahkan akses kepada fungsi-fungsi seperti larian, berjalan, berbasikal dan sebagainya. Jam ini menyokong pelbagai jenis sukan, termasuk pengesanan triatlon yang melibatkan berenang, berbasikal, dan berlari secara berturut-turut.

    Salah satu ciri utama yang menonjol dalam Galaxy Watch Ultra adalah skrin Super AMOLED yang berukuran 1.5 inci. Dengan resolusi 480 x 480 piksel dan tahap kecerahan maksimum 3,000 nits, skrin ini bukan sahaja sangat terang, tetapi juga responsif. Pengguna boleh menikmati kebolehbacaan yang jelas dalam pelbagai keadaan cahaya, termasuk dalam persekitaran gelap, berkat fungsi Mod Malam automatik.

    ALSO READ:  Angkat Perwira Sebagai Inspirasi Utama, Koleksi ‘The Malaya’ Rizman Ruzaini Bakal Jadi Tumpuan Di Paris

    Jam ini hanya tersedia dalam varian 47 mm dengan pilihan warna Titanium Grey, Titanium White, dan Titanium Silver.

    Galaxy Watch Ultra dikuasakan oleh cip Exynos W1000 dan menawarkan hayat bateri yang luar biasa, dengan kapasiti 590 mAh yang mampu bertahan sehingga 100 jam dalam mod Penjimatan Kuasa. Ini menjadikannya model dengan hayat bateri terpanjang dalam barisan Galaxy Watch.

    Dari segi ketahanan, jam ini mempunyai bingkai Titanium Gred 4 dan menyokong pensijilan rintangan air 10 ATM, membolehkannya berfungsi dalam kedalaman 100 meter. Ini menjadikan Galaxy Watch Ultra pilihan yang sempurna untuk aktiviti air seperti berenang dan menyelam. Dengan ketahanan ini, pengguna tidak perlu risau tentang kerosakan akibat air semasa menjalani aktiviti kegemaran mereka.

    Galaxy Watch Ultra juga dilengkapi dengan pensijilan ketahanan kejutan Gred Tentera (MIL-STD 810H) dan ciri Galaxy AI.

    Ciri-ciri kecerdasan buatan termasuk analisis kesihatan peribadi melalui ciri Skor Tenaga, yang menggabungkan pelbagai metrik seperti masa tidur dan kadar denyutan jantung. Jam ini bergantung pada pelbagai sensor untuk penjejakan yang tepat dan serasi dengan telefon pintar Samsung dan Android yang lain.

    Dengan pelbagai ciri menarik seperti prestasi cip Exynos W1000, skrin yang responsif dan terang, serta ketahanan air yang tinggi, Samsung Galaxy Watch Ultra adalah pilihan yang sangat baik bagi mereka yang mencari jam tangan pintar yang berfungsi dan bergaya. Reka bentuk yang maskulin dan kualiti binaan yang tinggi menjadikan jam ini bukan sahaja alat kecergasan, tetapi juga aksesori yang sesuai untuk gaya hidup aktif. Bagi pengguna yang mementingkan kombinasi teknologi dan estetik, Galaxy Watch Ultra pasti tidak mengecewakan.

    Harga Samsung Galaxy Watch Ultra di pasaran Malaysia adalah RM3,399, dan kini tersedia di laman rasmi Samsung Malaysia.

    ALSO READ:  Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia, Titip Rasa Syukur!



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts