Samsung terus memperkukuh dominasinya dalam kategori telefon pintar boleh lipat dengan pelancaran Samsung Galaxy Z Flip6. Rekaan inovatif yang bergaya serta pelbagai peningkatan prestasi menjadikannya antara peranti yang paling dinantikan tahun ini. Namun, adakah ia benar-benar pilihan terbaik untuk pengguna? Mari kita lihat ulasan terperinci.
Perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat Samsung Galaxy Z Flip6 ini ialah; rekaan yang nipis dan tirus, mudah digenggam dengan tangan yang kecil. Rekabentuk Modern Chic sangat sesuai untuk wanita. I loikeee!
Dengan saiz yang kecil dan ringan, Samsung Galaxy Z Flip6 mudah disimpan di dalam poket, memang sesuai untuk seluar atau dress yang berpoket kecil.
Lebih Pujian Untuk Kamera
Pujian kepada kamera Samsung Galaxy Z Flip6 secara keseluruhannya kerana gambar yang jelas walaupun di zoom sehingga x10. Selain itu, merakam video dengan menggunakan kamera Samsung Galaxy Z Flip6 juga mudah. Level zoom boleh ditukar dengan hanya menggunakan ibu jari sambil memegang dengan menggunakan sebelah tangan je, ala-ala handycam gitu!
Lagi seronok jika ingin mengambil gambar menggunakan ciri fotografi FlexCam, hanya buka telefon 90°, buka kamera dan letakkan di sudut yg diingini tanpa perlu menggunakan tripod. Klik! Boleh terus muatnaik ke media sosial. Best kan?
Ciri fotografi FlexCam ini juga di datangkan dengan Auto Zoom, memberikan cara yang mudah untuk membingkai dan memfokuskan subjek anda dengan tahap zum yang disesuaikan secara automatik berdasarkan pengecaman wajah dan badan subjek didayakan oleh AI.
Disamping itu, kelebihan Samsung Galaxy Z Flip6 juga didatangkan dengan portret AI-powered secara automatik dimana gambar di sekeliling akan menjadi kabur dan hanya fokus di bahagian wajah. Estetik!
Selain itu, kelebihan Samsung Galaxy Z Flip6 ini adalah ketahanan baterinya yang mampu bertahan hingga lebih sehari tanpa perlu dicas (jika digunakan secara minima). Cuma terdapat sedikit isu bagi telefon ini iaitu mudah panas terutamanya pada skrin telefon hadapan apabila menggunakan kamera, walaupun hanya untuk mengambil beberapa gambar dan video.
Walaubagaimanapun, antara kelemahan Samsung Galaxy Z Flip6 ini adalah, engselnya agak ketat, perlu dibuka menggunakan dua tangan. Agak susah sedikit jika sebelah tangan memegang barang dan sebelah lagi nak buka telefon, berbanding telefon biasa yang tak perlu dibuka menggunakan dua tangan.
Samsung Galaxy Z Flip6 mempunyai ciri AI yang menarik! Buka gambar digaleri dan coretkan kucing di mana-mana bahagian, AI mampu menjana gambar yang realistik. Namun ciri AI ini masih perlu dipertingkatkan lagi kerana coretan yang agak rumit, seperti naga, agak sukar dijana oleh ciri AI ini.
Secara keseluruhannya, UI/UX bagi Samsung Galaxy Z Flip6 ini mudah dinavigasi dan tiada isu bagi pengguna android. Pengguna iOS hanya perlu biasakan diri dengan penggunaan peranti android ini.
Dengan pelbagai penambahbaikan, termasuk dilengkapi Galaxy AI, ia ditawarkan pada harga RM4,999 untuk versi 12GB RAM + 256GB storan dan RM5,599 untuk 12GB RAM + 512GB storan.
Artikel ini ditulis oleh: Scarlett Wolsey