Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Rezeki Fatin Ada,Tak Semestinya Beri Kepada Aisyah Semuanya”- Alif Teega Akui Isteri...

    “Rezeki Fatin Ada,Tak Semestinya Beri Kepada Aisyah Semuanya”- Alif Teega Akui Isteri Keduanya Juga Diberi Harta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Secara asasnya, Islam membenarkan poligami dengan syarat ketat.

    Poligami bukan sahaja untuk keinginan nafsu semata-mata, tetapi lelaki yang ingin berpoligami perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan untuk sentiasa berlaku adil dan tidak menzalimi hak atau kewajipan terhadap setiap isteri dan anak-anaknya.

    Maksudnya, lelaki tidak boleh secara sewenang-wenangnya melakukan poligami. Dalam Surah An-Nisa ayat tiga dijelaskan, Islam sudah memperbaiki martabat wanita jika dibandingkan dengan amalan poligami pada zaman jahiliah.

    Poligami hanya boleh dilakukan jika lelaki itu memenuhi syarat yang sudah jelas dinyatakan dalam al-Quran iaitu mampu berlaku adil.

    Isu berkaitan poligami dalam masyarakat Islam di Malaysia sering menjadi tumpuan media massa khususnya perkara yang menyentuh kedudukan hak isteri pertama terhadap harta dalam tempoh perkahwinan tersebut.

    Pengorbanan mereka diiktiraf dalam undang-undang keluarga Islam dengan diberi kelebihan dari sudut membolehkan pembahagian harta sepencarian dalam perkahwinan berdasarkan tempoh usia perkahwinan yang lebih lama berbanding isteri-isteri yang lain.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini pempengaruh media sosial kontroversi, Aisyah Hijanah bersyukur apabila prosedur harta sepencarian difailkan olehnya sudah selesai dibicarakan di Mahkamah Syariah Shah Alam, pagi tadi.

    Aisyah atau nama sebenarnya Aisyah Hijanah Azhari, 29, memaklumkan bahawa syarikat Hijanah yang sebelum ini diusahakan olehnya dan suaminya, Alif Teega sudah sah menjadi miliknya.

    “Kami baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang sudah persetujui sebelum ini.

    “Hari ini selesai sudah semua dan disahkan oleh hakim. Syarikat Hijanah diuruskan bersama, tapi Alhamdulillah Alif pun sudah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah,” katanya.

    Menurut sumber, Alif memaklumkan perkara itu difailkan bukan bermakna isterinya seorang yang tamak, sebaliknya ia diuruskan sendiri oleh isterinya sejak awal lagi.

    “Isteri ada hak minta apa yang dia nak,” katanya.

    Ditanya mengenai pembahagian harta buat isteri kedua dikenali sebagai Fatin, Alif berkata, isteri keduanya mempunyai bahagiannya yang tersendiri.

    ALSO READ:  Eyra Hazali Dedah Wajah Anak Ketiga, Netizen Teruja!-“Dia Macam Hayder Lahir Kali Ketiga…”

    Terdahulu, Aisyah mendedahkan harta sepencarian bersama suami sudah dipindah milik penuh kepada dirinya.

    Harta sepencarian termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts