Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRiena Diana ‘Cuba’ Noki Pula Ke?

    Riena Diana ‘Cuba’ Noki Pula Ke?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Huru-hara! Perkataan ini sesuai untuk menggambarkan episod I Can See Your Voice Malaysia musim ke 7 (ICSYVMY 7) kali ini.

    Pening nak buat pilihan

    Minggu ini ICSYVMY 7 memberi kejutan apabila menambah seorang lagi artis jemputan dan panel penyiasat ketika dipertengahan rancangan.

    Ayie Floor 88 yang diperkenalkan sebagai artis jemputan pada mulanya, merasa ‘pening’ untuk membuat pilihan setelah menyingkirkan seorang penyanyi sebenar.

    Komen Izzue setelah Ayie meminta bantuan talian hayat, “Ini tak pernah berlaku dalam I Can See Your Voice tau! Takpelah kita bantu Ayie.

    Dengan melompat gembiranya Ayie berkata “Tak pernah sangka saya anak emas TV3.”  Pihak produksi membuat kejutan buat pertama kalinya dengan membawakan Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi sebagai artis jemputan tambahan dan panel penyiasat jemputan untuk membantu Ayie.

    Noki K-Clique yang hadir sebagai panel penyiasat jemputan, meniru aksi lakonan sebagai seorang Guru Besar telah mengundang rasa terkesima Riena sambil ‘mengayat’ Noki dengan mengatakan “Saya sanggup datang sekolah jika Noki jadi Guru Besar!”  Tidak lekang dari bibir Riena mencuba Noki. Bell yang terkenal dengan kata-kata spontan pantas menempelak apabila Riena asyik mengikut pilihan Noki.

    Bertambah huru-hara apabila dua penyanyi sebenar tersingkir.  Bell dengan selambanya memarahi Ayie dan Adira apabila mereka berdua tidak mendengar katanya, “Yang tadi degil, yang ini pun degil’.  Walaupun tiada langsung bakat menari, Bell tetap ingin menunjukkan ‘skill’ tarian huru-hara beliau apabila dicabar oleh Izzue dan Shiha kerana asyik mengkritik tarian peserta penyanyi misteri.

    Memang gamat kali ini dengan gelagat dari panel penyiasat yang tidak duduk diam sehinggakan Izzue dan Shiha yang sememangnya sentiasa ‘full with energy’,  tidak dapat mengawal pergerakkan mereka. Naim yang datang dengan konsep Arab digelar ‘Habibi’ mengusik Ayie dengan mengatakan,‘’Nama pendek Ayie dalam bahasa mandarin adalah Wong, akan tetapi nama sebenarnya ialah Something Wrong.’’ Aksi mencuit hati ini berlaku apabila penyanyi misteri nombor 4 menyatakan beliau adalah penterjemah bahasa Mandarin.  Adakah disebabkan perkara itu, Ayie akan terpedaya dengan penyanyi misteri nombor 4?

    ALSO READ:  [VIDEO] Pengasas Bulan Bintang Kongsi Rezeki RM200,000 Untuk CSR Kempen Sinar Ramadan, Tambah 10 Pakej Umrah Berjumlah RM241,600

    Gelagat Ayie dan juga Adira yang keras kepala dan tidak mahu menerima pendapat membuatkan panel penyiasat stress dengan pilihan yang dibuat oleh Ayie dan Adira. Adakah Ayie menerima kesemua pendapat daripada Noki dan Riena? Atau adakah Ayie akan jadi lebih keliru?

    Episod ICSYVMY 7 minggu ini menjemput penyanyi yang dikenali ramai iaitu Ayie Floor 88 dan juga Adira Suhaimi. Penyiasat jemputan kali ini merupakan penyanyi rap terkenal dan pelakon drama, Noki berganding dengan Emma Suhaimi yang juga merupakan penyanyi duo yang pernah bertanding bersama Adira di pentas Famili Duo.

    Dapatkah penyanyi jemputan minggu ini membuat keputusan yang tepat dengan bantuan panel penyiasat? Adakah kepintaran mereka akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyingkirkan penyamar bersuara sumbang atau sekadar menghuru-harakan pentas ICSYVMY 7 sahaja?

    Jangan lupa saksikan episod kelima yang akan bersiaran pada hari Ahad ini, 21 Julai 2024.  Ayuh menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 yang bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3.

    Penonton juga boleh strim secara langsung dalam HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Kini tiba masanya untuk anda memulakan misi baharu dan melakukan siasatan anda bersama keluarga menerusi ICSYVMY7.  Bagi merancakkan lagi perbualan di laman media sosial, jangan lupa untuk gunakan tanda pagar #ICSYVMY7.  

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,269FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts