Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRiena Diana & Keith Foo Banyak Persamaan, Nafi ‘Sailang’ Daripada Tiz Zaqyah...

    Riena Diana & Keith Foo Banyak Persamaan, Nafi ‘Sailang’ Daripada Tiz Zaqyah – ‘Mereka Hanya Bekerjasama Untuk Satu Produk’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Riena Diana memberitahu dirinya dan aktor Keith Foo mempunyai banyak persamaan selepas menjalani penggambaran untuk drama terbaharu di slot Samarinda yang berjudul Salju Rindu.

    Artikel berkaitan: Jodoh Atau Kerjaya Jadi Pilihan Riena Diana?

    Artikel berkaitan: ‘Tak Kelakar! Kaki Naik Muka Saya’ – Riena Diana Berang Video Muka Kena Sepak Dengan Syazuwan Hassan Dijadikan Konten

    Banyak persamaan

    Menurut Riena, mereka baru mengenali satu sama lain dalam tempoh lebih kurang sebulan dan akui selesa berteman rapat.

    Secara peribadi, kami berkawan rapat dan tengah mengenal hati budi masing-masing. Nak beritahu lebih-lebih pun kami masih baru. Doakan yang terbaik kalau ada jodoh Insya-Allah dipermudahkan.

    Mula-mula masa shooting pun kami dah macam berkawan baik di set. Bila cuma nak cari chemistry di set benda lain pula yang jadi.

    Sebenarnya tidak berlaku cinta lokasi sebab kami berkawan baik di set cuma mungkin selepas beberapa minggu tu baru sedar kami banyak persamaan. Bila dah kenal dengan lebih rapat, kami banyak persamaan yang menyebabkan kami kongsi benda yang kami suka dan tak suka.

    Keith dan Tiz Zaqyah?

    Dalam pada itu, disoal mengenai hubungan Keith yang pernah digosipkan dengan pelakon Tiz Zaqyah, Riena tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara itu.

    Saya rasa tak sesuai untuk saya jawab lebih baik tanya tuan badan sendiri betul tak Keith dengan Tiz sebab setahu saya mereka hanya bekerjasama untuk satu produk dan ada video mereka berdua untuk promosi produk tersebut.

    Tapi saya tak boleh nak ulas lebih-lebih sebab lebih baik tanya Keith dengan Tiz sendiri. Baru-baru ini yang saya mengenali Keith katanya dia single. Saya tak rampas sesiapa.

    Riena berkata demikian semasa ditemui di sesi sidang media I Can See Your Voice Musim Ketujuh di ROM 8 Studio, Petaling Jaya, semalam.

    ALSO READ:  Gadis Istimewa Menangis Tonton Video Klip Ibu Sambil Bawa Burger Atas Pentas, Momen Menarik Di Konsert Cakra Khan

    Terdahulu, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, suatu hari nanti.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts