Demi menjaga kesihatan mental, pelakon Riena Diana mengambil pendekatan untuk tidak membaca sebarang komen negatif berkaitan hubungan cintanya bersama kekasih yang juga aktor, Keith Foo.
Kurangkan berkongsi
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, dia juga mula mengurangkan memuat naik perkongsian bersama Keith di media sosial selain ingin mengelak berlaku penyakit ain.
Sebelum ini saya rajin post video atau muat naik konten dengan Keith, tapi sekarang kurangkan. Begitu juga dengan Keith.
Tindakan kami kurangkan perkongsian bersama untuk elak penyakit ain (dengki). Saya tahu keadaan mental saya ada kala tidak berapa baik, jadi apabila baca komen akan rasa geram.
Untuk jaga kesihatan mental, saya kurangkan post dan tidak membaca sangat komen netizen.
Riena berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama TonTon Original Series, Salju Rindu Di Bumi Auckland yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.
Cinta lokasi
Berkongsi lanjut, Riena mendedahkan cintanya bersama Keith mula berputik ketika mereka bersama-sama menjalani penggambaran drama Salju Rindu Di Bumi Auckland.
Cinta saya dan Keith berputik ketika di set penggambaran drama Salju Rindu Di Bumi Auckland. Saya ingin tegaskan ini bukan gimik, memang dari situ kami mula rapat.
Segalanya berjalan sangat ‘smooth’ bibit kami bercinta. Dalam realiti memamg kami bercinta jadi secara tidak langsung seperti bonus untuk menarik penonton menyaksikan drama ini.