Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRiena Diana Pilih Gambar Berdua Jadi ‘Wallpaper’, Hadiah Iphone Dari Keith Foo...

    Riena Diana Pilih Gambar Berdua Jadi ‘Wallpaper’, Hadiah Iphone Dari Keith Foo Sebab Bangga Dengan Kejayaan Dicapai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Riena DianaRiena Diana

    Pelakon Riena Diana mengakui terkejut apabila menerima hadiah berupa telefon bimbit jenama mewah keluaran terkini daripada kekasih hati iaitu aktor Keith Foo.

    Dapat Iphone

    Riena DianaRiena Diana

    Riena atau nama sebenar Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, dia menerima kejutan itu ketika diajak keluar makan tengah hari bersama.

    Saya tak jangka pun dia nak bagi telefon bimbit itu, waktu itu saya tengah bekerja dia call ajak pergi makan sama-sama dan saya pun pergi ke lokasi penggambaran dia.

    Lepas makan, nak balik tu dia tiba-tiba bagi hadiah sempena pencapaian saya. Dia memang selalu cakap yang dia bangga dengan saya.

    Riena berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama TonTon Original Series, Salju Rindu Di Bumi Auckland yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Rabu.

    Hadiah pembakar semangat

    Riena DianaRiena Diana

    Dalam pada itu, Riena menganggap hadiah tersebut sebagai pembakar semangat untuk dia terus maju dalam kerjaya.

    Lagipun masa saya dapat tawaran teater (Andak Berandak), ikutkan saya tak nak tapi dia yang beri semangat dan saya pun buat. Lepas itu saya dapat jadi hos untuk pentas pula. Jadi hadiah ini sebagai semangat untuk saya.

    Riena turut meletakkan foto mereka bersama sebagai gambar latar atau ‘wallpaper’ di telefon berkeenaan.

    Semenatara itu, Keith Foo berkata, telefon itu diberikan kepada Riena sebagai penghargaan kepada aktres itu kerana berjaya mencapai beberapa kejayaan sepanjang tahun ini.

    Saya bagi hadiah handphone untuk kegunaan dia juga. Tapi ia lebih kepada nak hargai dia dan saya pun rasa bangga dengan pencapaian dia tahun ini.

    Sebelum ini dia takut nak berlakon teater tapi dia sahut cabaran dan dapat jadi hos ABPBH36. Hadiah itu juga sebagai motivasi untuk dirinya menjadi lebih baik. Jangan berhenti sini sahaja, dia boleh jadi lebih baik.

    ALSO READ:  Julfekar Dakwa Ahli Kumpulan SMDX Sudah Tunjuk Masalah ‘Attitude’, Beri Nasihat ‘Cara Jawab Tu Biar Nampak Cerdik & Merendah Diri’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts