Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRIM Beri Penghormatan Kepada Penggiat Industri Muzik Di Majlis Amal ‘Sumbangan Rahmah...

    RIM Beri Penghormatan Kepada Penggiat Industri Muzik Di Majlis Amal ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) meraikan penggiat industri muzik tempatan bersama-sama Public Performance Malaysia (PPM) di majlis ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024’ (SRIM) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang diadakan di Pullman KLCC, baru-baru ini.

    Beri sokongan kepada mereka yang memerlukan

    Majlis bermakna ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang menghadapi cabaran kewangan dan kesihatan dalam perjalanan profesional mereka dalam industri muzik tempatan.

    Menurut Pengerusi RIM dan PPM iaitu Rosmin Hashim, beliau melahirkan rasa terima kasih di atas sokongan yang diterima terhadap program amal ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik’ yang dilancarkan pada 31 Mei 2023.

    Program amal ini, pengembangan daripada inisiatif bantuan Dana Kecemasan RIM dan disokong oleh Public Performance Malaysia (PPM), Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) tertua di Malaysia menyediakan peruntukkan tahunan sebanyak RM100,000 untuk membantu penggiat industri muzik yang menghadapi masalah kewangan dan kesihatan.

    Program amal ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik’ ini bertujuan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dengan inisiatif Negara Madani bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat termasuk penggiat industri muzik. Setakat ini, sejumlah 48 penggiat industri muzik tempatan telah mendapat manfaat daripada program amal SRIM dan Dana Kecemasan RIM.

    Tambah Rosmin, program amal SRIM boleh memanfaatkan semua penggiat industri muzik daripada penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, pegawai perhubungan awam syarikat rakaman sehinggalah wartawan hiburan yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam pembangunan industri muzik tempatan.

    Dengan penganjuran SRIM 2024 malam ini, kami meneruskan usaha kami untuk menyediakan bantuan yang amat diperlukan oleh penggiat industri muzik tempatan yang layak bagi meringankan beban mereka.

    Kami juga amat berbesar hati kerana YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri KPDN dapat merasmikan majlis malam ini, menunjukkan komitmen kerajaan menyokong inisiatif yang bertujuan meringankan kesusahan yang dihadapi rakyat termasuk penggiat industri muzik tempatan.

    Antara acara kemuncak majlis adalah pengiktirafan 21 penerima yang layak terdiri daripada pencipta lagu, penghibur, kakitangan syarikat rakaman dan wartawan hiburan yang mengalami kesusahan. Penggiat industri muzik tempatan yang layak berikut telah diiktiraf atas perkhidmatan mereka yang lama dan sumbangan besar mereka kepada industri muzik tempatan.

    ALSO READ:  ‘Ini Jalan Yang Saya & Aslam Pilih’ – Marissa Dania Buka Mulut Isu Nikah Secara Senyap, Tampil Mohon Maaf

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts