Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir warga pendidik yang dikatakan melempar fitnah mengambil kuota golongan B40 bagi kemasukan ke sekolah harian biasa untuk anak lelakinya itu.
“Kena Fitnah Ambil Kuota B40 Pula..”
Rita Rudaini menerusi Insta Stories, turut menyelar tindakan guru terlibat yang bertudung litup, namun melakukan perbuatan mengumpat serta melemparkan fitnah.
“Cikgu, buka je tudung tu kalau tak mampu tutup mulut cikgu untuk mengumpat dan memfitnah. Sis ni jahil, sis tak pandai agama macam cikgu. Tapi cikgu janganlah tunggang agama laju sangat. Cikgu ni nak jadi apa sebenarnya? Nak jadi guru atau makcik bawang? Jijik. Sis cuba tahan…
Macam ni lah nasib. Dari sekolah private kalau ke sekolah biasa. Kena fitnah ambik kuota B40 pula. Yang fitnah tu pula cikgu a.k.a pendidik. Tak layak digelar pendidik! Jijik naw perangai!.
Mentaliti jijik golongan ni, asal T20 masuk situ, dituduh ambil hak B40, dituduh cable. Kenapa? Anak-anak T20 ni semua bodoh ke?.”-tulis Rita di Insta Stories
Akan Bersemuka Dengan Guru Yang Lempar Fitnah?
Di ruangan komen, Rita juga dilihat membalas beberapa komen netizen, malah turut memberikan ‘hint’ seolah-olah akan pergi bersemuka dengan guru terlibat yang dikatakan mengumpat serta memfitnah dirinya.
“Memang rasanya akan pergi jumpa. Nak tanya juga, ada masalah ke dengan sis? Tapi jangan sampai sis tampal muka cikgu ni kat ig sis.”-komen Rita
Tak sepatutnya lempar tuduhan secara sesuka hati. Apa komen anda?