Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRita Rudaini Dituduh Berbangga Selepas Kongsi Video Rayyan Mengaji?-“Anak Orang Lain Pandai...

    Rita Rudaini Dituduh Berbangga Selepas Kongsi Video Rayyan Mengaji?-“Anak Orang Lain Pandai Jugak…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian pelakon, Rita Rudaini di media sosial yang memaparkan anak lelakinya, Airit Rayyan yang berjaya menghafaz Al-Quran itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

    Kongsi Rita, dia akui rasa sayu apabila melihat kembali video Rayyan yang berusia 10 tahun ketika itu, menghafaz Al-Quran sewaktu berada di dalam Masjidil Haram.

    “Masa ni umur Ryan 10 tahun. Dalam Masjidil Haram. Uncle Rizal yang rekod masa ni. Sayu mommy tengok. Ini lah hadiah yang Allah nak bagi pada Mommy, anak-anak yang terang hatinya mencintai Al-Quran dan lembut hati.”-kongsi Rita di Instagram

    Lihat kiriman ini di Instagram

    Kiriman yang dikongsi oleh RITARUDAINI® (@ritrud727)

    Pelbagai Reaksi Netizen!

    Walau ramai yang berkongsi rasa kagum melihat perkongsian Rita, Ada juga yang mengkritik tindakan pelakon ini yang dikatakan berbangga di bulan Ramadhan.

    “Mashallah anak yang akan menarik tangan kakak ke syurga. Aamin ❤ .”-Lufya

    “Kejayaan besar seorang ibu bila Allah berikan kefahaman agama pada anak.. Alhamdulillah.. Tahniah sis.. Inspired!.”

    “Betul rasa dah tak nak yang lain dah kat Dunia bila anak tu jadi anak soleh / solehah. Mudahan Allah jadikan semua anak-anak kita jadi anak yang soleh & solehah Dan anak yang berbakti pada orang tua. Aamiin.”

    “X perlu la nk tayang anak pandai mcm-macam… Anak org lain pandai jugak, anak orang lain boleh baca quran jugak, bukan anak awak je pandai…. Bersihkan hati daripada berbangga-bangga di bulan ramadan ni.. wallahualam.”

    Rita Beri Respon

    Tidak berdiam diri, Rita dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan memintanya untuk membersihkan hati daripada memandang setiap perkara dari sudut yang negatif.

    “Kau tu yang kena bersihkan hati hitam tu. Kau tengok orang semua dari sudut negatif hati busuk kau.

    Cuci hati kau dulu sebelum kau nak suruh orang cuci hati. Kau sibuk tilik hati orang tapi hati kau sendiri berlendir hanyir.”-bidas Rita

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] “Sebak Di Dada Perlu Ditahan…”-Pembaca Berita Hiba Lapor Kes Pembunuhan Rakan Karib, Nur Farah Kartini


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts